Amaran hujan lebat di lapan negeri sehingga malam ini – METMalaysia

Amaran hujan lebat di lapan negeri sehingga malam ini – METMalaysia

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai lapan negeri sehingga jam 8 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Menerusi hantaran di Facebook METMalaysia , cuaca itu diramal di Baling, Kedah; Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak di Perak; Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) selain Hulu Terengganu di Terengganu.



Di Pahang, cuaca itu diramal membadai kawasan Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak termasuk Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah membabitkan Pedalaman (Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat, Sandakan (Telupid) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya menurut hantaran itu.



Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. BH

Amaran hujan lebat di lapan negeri sehingga malam ini – METMalaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gadis tawar seks dihantar ke Henry Gurney

Mawi dakwa nampak hari kiamat



Koyak berapa sentimeter pun cerita pada orang, malulah sikit

Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker