Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal

Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal

Ramai pengguna media sosial berkongsi kesedihan apabila melihat tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim pada sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Pada sidang akhbar itu, keadaan luka di tangan dan parut di muka Faisal jelas menunjukkan kesengsaraan yang ditanggung pemain berusia 26 tahun tersebut selama lebih sebulan sejak insiden itu berlaku Mei lalu.



Malah, keadaan Faisal atau mesra dipanggil Mickey yang juga belum pulih sepenuhnya.

Pemain itu dilihat seperti sukar bergerak dan mukanya seakan masih ‘penat’ akibat insiden simbahan asid sebelum ini.

Menerusi beberapa hantaran di aplikasi X, beberapa pengguna berharap agar Faisal cepat pulih dan tabah menghadapi tragedi ‘hitam’ itu.



“Berbadan kecik, tapi jiwa besar dan kental. Inilah hero Malaya yang sebenar. Orang hebat, ujiannya pun hebat.

“Semoga Allah sentiasa merahmati Faisal Halim dan diberikan kesembuhan sepenuhnya,” tulis seorang pengguna X.

Turut meninggalkan komen dua lagi pengguna dikenali sebagai @Najib Bakar dan @kroolnizam.

“Semoga pelaku bangsat dan konspirator di belakang diazab dengan sebesar-besar azab oleh Allah walaupun mungkin mereka terlepas di dunia. Amin! Tetap kuat Faisal Halim!,” kata @Najib Bakar



“Faisal Halim hadir buat kali pertama dalam sidang media yang berlangsung sekarang. Sedihnya tengok keadaan dirinya yang agak sugul dan sedih. Moga beliau cepat sembuh dan Allah balas kekejaman yang dibuat ini,”doa @kroolnizam.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas di ketika berada di sebuah pusat beli-belah sehingga disahkan melecur tahap empat.

Kecederaan Faisal itu pada awalnya agak kritikal tetapi stabil selepas melakukan empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Namun, proses pemulihan Faisal dianggap luar biasa dan dibenarkan keluar dari hospital pada 25 Mei. K Online



Sedihnya tengok parut di muka, lengan Faisal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker