‘Cerai’ seketika demi keserasian

‘Cerai’ seketika demi keserasian

'Cerai' seketika demi keserasian
HERRY mahu cipta impak baharu. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi yakin perpisahan sementara beberapa beregu negara boleh mewujudkan ‘spark’ apabila mereka kembali digandingkan dengan pasangan asal masing-masing.

Bagi Herry, beliau tidak menolak kemungkinan langkah itu juga mampu menjadikan pemain lebih bermotivasi dan saling memahami antara satu sama lain kerana apabila digandingkan dengan pasangan baharu, mereka perlu belajar semula untuk menyesuaikan diri.

Justeru, perkara itu secara tidak langsung akan membuatkan setiap pemain lebih menghargai pengorbanan rakan mereka dan seterusnya meningkatkan keserasian ketika beraksi di gelanggang.

“Ya, itu memang berkemungkinan. Tetapi kita mahu lihat dahulu keputusan yang diperoleh,” katanya ringkas.

Untuk makluman, selepas menilai pelbagai aspek, Herry bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky mengambil keputusan untuk memisahkan beberapa beregu termasuk pasangan nombor tiga dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan gandingan nombor sembilan dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Sebelum ini, dua pasangan utama negara itu tidak pernah dipisahkan dalam kejohanan utama kecuali dalam acara berpasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni


Untuk rekod, beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga pernah berpisah seketika sebelum kembali digandingkan dan selepas itu berjaya meraih beberapa kejuaraan utama Jelajah Dunia Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Malah, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mengalami perkara sama apabila terpaksa ‘bercerai’ seketika sebelum merujuk kembali dan prestasi mereka semakin meningkat selain lebih memahami antara satu sama lain. Hasilnya, mereka berjaya muncul juara di Kejohanan Dunia 2025.

Kini, tumpuan terarah kepada beregu lelaki negara sama ada keputusan barisan jurulatih itu akan membuahkan hasil positif dalam dua kejohanan utama tahun ini iaitu Kejohanan Dunia di India pada Ogos depan dan Sukan Asia pada September.

‘Cerai’ seketika demi keserasian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Asyraf Tolak Spekulasi, Tapisan Ketat Punca Pengumuman Calon BN Johor Lewat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker