Imej ‘All Eyes On Rafah’ hasil ciptaan rakyat Malaysia raih 50 juta perkongsian di IG

Imej ‘All Eyes On Rafah’ hasil ciptaan rakyat Malaysia raih 50 perkongsian di IG

Baru-baru ini, tular sebuah imej yang dijana dengan kecerdasan buatan bertulis “All Eyes On Rafah” di media sosial sehinggakan menjadi fenomena di peringkat global.

Siapa sangka imej yang popular direka bagi memperingati saudara di Gaza itu sebenarnya merupakan hasil karya dua individu dari negara Malaysia sendiri.



Memetik laporan National Public Radio (NPR), dua individu tersebut ialah guru Sains dari Kota Kinabalu, Sabah, Zila Abka dan seorang lagi merupakan pelajar dari Kuala Lumpur, Amirul Shah.

Zila, 39, yang juga aktivis pro-Palestin berkata, dia menggunakan Pencipta Imej Microsoft untuk menjana imej berkenaan sebelum memuat naik di laman Facebook sebuah kumpulan bernama Prompters Malaya pada 14 Februari lalu.

“Saya menggunakan alat tersebut untuk membuat gesaan susulan kekejaman Israel terhadap Palestin malah meletakkan dua ‘watermark’ padanya untuk menunjukkan ia dijana AI manakala saya penciptanya sebelum memuat naik di Facebook hampir lima bulan lalu.

“Saya mahu menyebarkan dan mengetengahkan isu terbabit dan berharap semua orang akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Gaza sekarang.



“Saya telah lupa mengenai imej berkenaan sehingga ia menjadi tular pada minggu lalu apabila imej yang hampir serupa tersebar di Instagram tetapi ia telah diubah dan ‘watermark’ juga hilang,” katanya.

Untuk makluman, imej bertulis ‘All Eyes On Rafah’ menggambarkan deretan khemah di padang pasir dan pergunungan ini tular di media sosial selepas serangan maut di kem didiami penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza.

Imej itu telah dikongsi lebih 50 juta akaun di Instagram oleh orang awam termasuk pempengaruh dan selebriti terkenal dunia seperti Pelakon Chile-Amerika Syarikat, Pedro Pascal, model terkenal, Bella dan Gigi Hadid yang berketurunan Palestin serta bintang bola sepak Perancis, Ousmane Dembele.

Mengulas lanjut, Zila berkata, pemeriksaan lanjut mendapati imej berkenaan telah diubah dan diperluaskan dengan unsur tambahan seperti gunung bersalji yang menjulang di atas khemah.



“Apabila saya melihat imej ini, saya fikir, ya, saya rasa ini milik saya.

“Saya memeriksa setiap huruf dan sudut imej dan mendapati segala-galanya mengenai struktur perkataan dan susunan khemah sama kecuali bahagian yang dibesarkan sahaja.

“Tetapi saya tidak fikir mana-mana imej AI yang dihasilkan milik seseorang sepenuhnya. Jika tujuannya untuk menyebarkan kesedaran, saya perlu berterima kasih kepada orang tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang individu bernama Amirul dengan menggunakan nama Shahv4012 di Instagram mendedahkan dia mula-mula menyiarkan imej itu turut mendakwa telah menggunakan Pencipta Imej Microsoft, namun tidak mengingati butirannya.



Menurutnya, dia tidak pernah melihat gambar AI yang diciptakan Zila sebelum menghasilkan imej berkenaan yang mengandungi ‘watermark’ sendiri dan ditandakan @chaa.my_ di Instagram.

“Niat saya bukan untuk populariti, saya mahu menegakkan keadilan untuk semua rakyat Palestin yang berada di sana,” kata Amirul kepada NPR.

Jika sebelum ini, negara kita pernah popular dek kerana berjaya melakukan solidariti secara besar-besaran di dalam permainan Roblox, kini imej hasil janaan AI kita pula hangat diperkatakan di luar sana. VC

Imej ‘All Eyes On Rafah’ hasil ciptaan rakyat Malaysia raih 50 perkongsian di IG



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor



Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker