Keistimewaan dan larangan menunaikan ibadah haji

Keistimewaan dan larangan menunaikan ibadah haji

Di dalam al-Quran Allah S.W.T. telah memerintahkan agar setiap umat Islam melaksanakan ibadah haji. Perintah ini dapat dilihat menerusi firman Nya dalam surah al-Baqarah: 196

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”



Dalam menjelaskan ayat di atas, Ibnu Abbas r.a. berkata,

“Sempurnakanlah kedua-dua ibadah tersebut iaitu ibadah haji dan umrah mengikut cara yang ditetapkan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.”

Kenyataan ini menunjukkan bahawa perintah yang terdapat dalam ayat tersebut membawa kepada hukum wajib.

Menurut Imam al-Khazin di dalam tafsirnya, para ulama telah bersepakat bahawa hukum melaksanakan ibadah haji ke atas orang yang berkemampuan adalah wajib. Mereka bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. pernah bersabda,



“Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kamu untuk melaksanakan ibadah haji, maka laksanakanlah ibadah haji” (HR Imam Ahmad)

Kelebihan menunaikan ibadah haji

Ibadah haji merupakan ibadah yang melibatkan harta, masa dan diri. Ia merupakan suatu pengorbanan yang harus ditempuh kerana ia menelan belanja yang besar, tempoh masa yang panjang disertai dengan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menjalani ibadah tersebut.

Namun di sebalik kepayahan melaksanakan ibadah ini, sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan yang dijanjikan Allah. Antara kelebihan menunaikan ibadah haji menurut hadis Rasulullah s.a.w. ialah:



Pertama: Seperti bayi baru lahir.

Dari Abu Hurairah r.a. telah bersabda Baginda s.a.w.

“Barang siapa menunaikan haji ke rumah ini (Baitullah) lalu dia tidak melakukan rafath, dan tidak juga melakukan fusuq maka keluarlah dosa-dosa daripada dirinya seperti dia baru dilahirkan oleh ibunya.” (HR Bukhari)

Kedua: Ibadah paling afdal.



Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. pernah di tanya,

“Apakah amalan paling afdal?” Lalu Baginda menjawab,

“Beriman kepada Allah dan Rasulnya” Kemudian Baginda ditanya lagi,

“Apakah (ibadah yang paling afdal) selepasnya?” Baginda menjawab,



“Jihad” kemudian Baginda ditanya lagi,

“Apakah (ibadah yang paling afdal) selepasnya?” Lalu Baginda menjawab,

“Haji yang mabrur” (HR Imam Bukhari)

Ketiga: Dikurniakan syurga kerana haji mabrur.



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. pernah bersabda,

“Antara satu umrah dengan satu umrah yang lain, terdapat kafarah (pengampunan dosa) di antara kedua-duanya. Manakala bagi haji yang mabrur tiada ganjaran (yang setimpal) baginya melainkan syurga” (HR Muslim)

Keempat: Diampunkan segala dosa yang lalu

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barang siapa melaksanakan ibadah haji sedangkan orang-orang Islam terpelihara daripada lidah dan tangannya, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu” (HR al-Suyuti)

Disiplin menunaikan haji

Ketika seseorang telah berihram untuk melaksanakan ibadah haji, maka wajiblah baginya menjaga disiplin dengan menghindarkan diri daripada tiga larangan yang telah dijelaskan di atas.

Pertama: Menghindari rafath.

Menurut Ibnu Umar r.a., rafath ialah melakukan persetubuhan bersama isteri atau mengeluarkan kata-kata lucah sama ada kepada lelaki mahupun perempuan.

Kedua: Menghindari fusuq.

Menurut Ibnu Abbas r.a., fusuq ialah segala jenis maksiat. Manakala terdapat ulama-ulama lain yang mengatakan bahawa fusuq ialah memaki dan mencaci orang lain.

Ketiga: Menghindari jidal.

Menurut Mujahid, jidal ialah perdebatan atau pertelingkahan dalam urusan haji.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang sedang melaksanakan ibadah haji, mereka dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas. Ini bagi memelihara keikhlasan ibadah haji yang sedang dijalankan semata-mata kerana Allah dan mendapatkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah.

Sekiranya dirujuk kepada hadis-hadis Baginda s.a.w. maka kita akan dapati terdapat keistimewaan yang sangat besar bagi mereka yang memelihara diri daripada perbuatan-perbuatan tersebut ketika sedang melaksanakan ibadah haji. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat menjadi tetamu Allah. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan yang diberkati insya Allah. Wallahu a’lam. Utv

Keistimewaan dan larangan menunaikan ibadah haji

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker