Selesai suntik besarkan payudara, wanita temui ajal
Selesai suntik besarkan payudara, wanita temui ajal
RADAR JOGJA: Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia dipercayai selepas menjalani suntikan membesarkan payudara di sebuah pusat kecantikan di wilayah Tambakbayan, Kapanewon Depok, Indonesia.
Menurut laporan media tempatan, kejadian Sabtu lalu itu bermula apabila mangsa membuat janji temu dengan pakar kecantikan yang didakwa tidak bertauliah bagi menjalani perawatan.
Setibanya di sana kira-kira jam 12 tengah hari, mangsa dilayan seorang pekerja wanita yang kemudiannya menyuntik ‘filler’ ke payudara mangsa.
Kira-kira jam 2.30 petang mangsa menggigil, pening, muntah dan mengalami sakit perut.
Panik dengan apa yang berlaku, isteri kepada pemilik pusat kecantikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.
Berikutan itu, keluarga mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa dan polis menahan dua pelaku yang disyaki bertanggungjawab.
Ketua Polis Daerah Depok Barat, Kompol Tri Hartanto, berkata tertuduh adalah pemilik pusat kecantikan dan seorang pekerja.
Beliau berkata kedua-dua tertuduh disiasat mengikut peruntukan Undang-Undang Fasal 197 atau Fasal 198 Jo 106 Undang-Undang Republik Indonesia Nombor 36, Tahun 2009, terkait amalan farmasi yang tidak memiliki keahlian. BH
Selesai suntik besarkan payudara, wanita temui ajal
Baca Artikel Menarik:
- Yang cabul sepupu itu cucu saya – Khadijah Ibrahim
- ‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’
- Kalau KBS beri projek kepada suami Hannah baru salah – Azam
- Hampir setiap hospital, klinik kerajaan kekurangan doktor
- Mengapa terdesak jual saham MAHB kepada GIP – Hassan Karim
- Pejalan kaki maut digilis beberapa kenderaan
- Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy
- Pemuda dan Wanita PKR lesu – Hassan
- Hamzah elak jawab apakah PN sokong tauke kaya – Anwar
- Pintu buka masuk balik?
- 2 jenama rempah dari India ada agen penyebab kanser – CAP
- Ayah kami Uncle Mike
- Pengarah syarikat jam Islamik didenda RM13,500, jual jam azan tanpa perakuan
- Andrew Sia jahil, bodoh sejarah – Mustapha
- ‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)
Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga
Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini
You must be logged in to post a comment.