SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k

SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Liana Rosli atau Kak KM menghadiahkan anaknya, Mohd Faris wang tunai RM10,000 dan sebuah kereta Mercedes.

Ini selepas Faris berjaya meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kak KM menemani anaknya untuk mengambil slip keputusan peperiksaan SPM.



Dan Kak KM benar benar berbangga dengan Faris yang bijak itu.

Seterusnya, Kak KM memberikan hadiah khas buat Faris yang telah berusaha keras selama ini untuk mencapai keputusan yang baik.

Kak KM memuat naik video dia menyerahkan kunci dan cek bank kepada anak lelakinya. Dia berkata: “Faris, sempena kejayaan abang ini hadiah pertamanya, kereta, nombor dua RM10,000.. I love you, anak Mama.”

Tidak lama selepas itu, Faris menerusi IG miliknya mengucapkan terima kasih kepada ibunya, Kak KM yang sentiasa menyokongnya.



Faris berkata: “Syurgaku, terima kasih kerana sentiasa support abang tanpa rasa penat atau lelah, sentiasa ada bila abang rasa susah dan sentiasa ada bila abang rasa keseorangan.

“Terima kasih sentiasa mendoakan abang, solat hajat untuk abang.. mama dah kasi abang segala-galanya dan tiada satu benda pun yang boleh membalasnya..

“Abang hanya mampu memberikan kebahagiaan dan senyuman kat mama.. tanpa doa dan berkat mama abang takkan dapat keputusan yang baik untuk spm..

“Mamalah segalanya untuk abang, kasih sayangmu tidak ternilai dan tidak ada benda yang boleh menggantikannya…cintaku,” tulis Faris. Vc



SPM 6A, anak Kak KM dapat Mercedes dan RM10k

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya



Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga



Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker