Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman

Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman

Polis menasihatkan orang ramai tidak membeli tanah ‘lot lidi’ kerana pembeli tiada hak daripada sudut undang-undang sebagai tuan tanah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kebanyakan tanah lot lidi dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah sebenarnya masih berstatus tanah pertanian.

Menurutnya, penjual tanah lot lidi biasanya akan menawarkan jualan tanah jenis sedemikian dengan harga lebih murah daripada pasaran semasa.

“Penjual juga akan menyarankan pembeli membuat pinjaman peribadi kerana pembeli lot lidi tidak layak membuat pinjaman perumahan untuk membiayai pembelian tersebut.

“Tiada geran individu dikeluarkan, hanya dokumen Surat Pemegang Amanah akan diberikan bagi pembeli. Nama pembeli akan hanya ada di dalam dokumen Surat Pemegang Amanah sahaja dan bukannya pada geran sebagai pemilik.

“Jika disenaraikan dalam geran sekalipun, nama pembeli cuma sebagai pemegang amanah,” katanya.

Katanya, pembelian tanah secara lot lidi amat berisiko kerana berdasarkan Kanun Tanah Negara, hak dan kepentingan pembeli hartanah hanya diiktiraf selepas ia didaftarkan kepada nama pembeli.

“Justeru, pembeli tanah lot lidi tiada sebarang hak dari sudut undang-undang sebagai tuan tanah.

“Apabila berlaku kematian membabitkan pemilik tanah yang berdaftar di atas geran, pembeli lot lidi tidak layak untuk menuntut hak mereka.

“Hal ini akan lebih sukar sekiranya waris pemilik tanah enggan memberikan kerjasama kepada pembeli lot lidi,” katanya.

Selain itu, katanya sekiranya berlaku kematian kepada pembeli lot lidi, ‘pemilikan’ lot lidi tersebut tidak dapat diwariskan kepada individu lain kerana ia tidak diiktiraf undang-undang.

Ramli berkata, rekod PDRM menunjukkan sepanjang tempoh tiga tahun antara 2021 hingga 2023, sebanyak 45 laporan polis diterima berkaitan isu tanah lot lidi membabitkan nilai kerugian RM1.96 juta.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak terbabit dengan sebarang pembelian tanah sebegini.

“Sekiranya berminat untuk membeli hartanah, lakukan secara sah melalui prosedur yang diiktiraf undang-undang bagi mengelakkan sebarang kerugian di kemudian hari,” katanya. BH

Pembeli tanah lot lidi tiada hak sebagai tuan tanah – Bukit Aman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tinggalkan solat Jumaat kerana bermusafir, ini hukumnya

Ruhainies baru balik umrah kan, kenapa seksi sangat? (Video)

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker