Wenger perkenal peraturan baharu ofsaid

Wenger perkenal peraturan baharu ofsaid

LONDON: Arsene Wenger dilaporkan sedia meneruskan cadangan untuk mengubah peraturan ofsaid secara drastik selepas keputusan ujian percubaan yang positif.

Bekas bos Arsenal itu, yang kini bertugas sebagai ketua pembangunan bola sepak global FIFA, mula membincangkan ideanya untuk memperkenalkan prinsip ofsaid yang lebih berkesan pada 2020.



Ini bermakna pemain berada dalam kedudukan onsaid jika mana-mana bahagian badan mereka yang boleh menjaringkan gol berada di belakang atau sama dengan pemain pertahanan lawan.

Cadangan itu disokong Presiden FIFA, Gianni Infantino yang berkata beliau “pastinya menyokong usaha membincangkan cara baharu mengenai peraturan ofsaid.”

Ia menjurus kepada ujian percubaan di Sweden, Itali dan Belanda, yang mana menurut The Times, meyakinkan personaliti berusia 74 tahun itu untuk menyarankan perubahan itu kepada badan penggubal undang-undang sukan itu, Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (IFAB).

Usaha Wenger mendapat sokongan bekas naib pengerusi The Gunners dan FA Inggeris, David Dein, yang memberitahu peraturan semasa “terlalu dipersoalkan dan bermasalah.”



Wenger dilaporkan berminat untuk menerima pakai undang-undang baharu itu secepat mungkin tetapi ia berkemungkinan menghadapi tekanan untuk diuji di peringkat lebih senior. BH

Wenger perkenal peraturan baharu ofsaid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker