Pemandu mabuk langgar atlet kayak tak mengaku salah
Pemandu mabuk langgar atlet kayak tak mengaku salah
JOHOR BAHRU: Seorang pembantu penyelia kilang didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elias, Sabtu lalu.
Tertuduh, R Dhinesh, 31, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter.
Ia menyebabkan kecederaan terhadap Siti Nurul Masyitah yang juga atlet kayak negara.
Dhinesh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di sini jam 4.19 petang pada 11 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1a) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama akta berkenaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 dengan lesen memandu dibatalkan dan hilang kelayakan mendapatkan lesen memandu maksimum tujuh tahun daripada tarikh sabitan, selain lesen memandu percubaan dibatalkan, jika ada.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Trafik, S Vikineswary manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu Pegawai Pendakwa memohon jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan ke atas tertuduh.
“Lesen memandu tertuduh juga dimohon untuk digantung sehingga kes selesai selain perlu melapor diri di Balai Polis Skudai sebulan sekali,” katanya.
Tertuduh kemudian merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana gajinya sebagai pembantu penyelia kilang tidak sampai RM2,000 sebulan.
“Saya tidak ada RM20,000 dan tidak mampu bayar jaminan tinggi kerana kerja jaga stor kilang sahaja. Saya juga perlu tanggung ayah selepas kematian ibu,” katanya.
Majistret kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin, lesen memandunya digantung hingga kes selesai selain perlu melapor diri di Balai Polis Skudai sebulan sekali.
Majistret turut menetapkan sebutan semula pada 24 Jun depan bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.
Semalam, Siti Nurul Masyitah, 22, dilaporkan cedera parah apabila retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat terbabit kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya EDL di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dirempuh kereta dipandu suspek dari arah belakang.
Beliau dilaporkan berkata, kereta suspek dari arah belakang mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa.
Mangsa kini dilaporkan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri di sini manakala tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan mendapati suspek memiliki tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah. BH
Pemandu mabuk langgar atlet kayak tak mengaku salah
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz