Sanusi datang lagi, kini ‘balun’ Kerajaan Madani lemah tiada ‘group whatsapp’
Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan lemah kerana tiada pakatan antara parti-parti yang berada dalam kerajaan, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya, kerajaan perlu memberi kuasa kepada pembangkang sekiranya tidak mampu menguruskan negara.
“Saya kata kamu jadi kerajaan lemah kerana kamu tak berpakat dengan baik dengan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan.
“Semua bergaduh. Tak ada kumpulan WhatsApp pun. MCA gaduh DAP di KKB. MIC pujuk-pujuk, patah balik. Saya tahu MIC tak ikhlas. MIC berlakon sahaja, dia tak kerja pun di PRK ini. Dia ada kepentingan dan dia buat kenyataan dia akan sokong DAP di KKB. Tapi, dia tak buat kerja.
“Semua orang nampak dengan jelas. Hang nak sembunyi mana. Tak boleh sembunyi tak boleh elak daripada hang memberi jawapan kepada semua soalan yang ditanya oleh pembangkang dan rakyat.
“Kalau hang tak boleh jawab, hang berhenti dengan hormat turun bagi orang lain jadi kerajaan,” katanya dalam ucapan di Ceramah Perdana di Batang Kali, malam tadi.
Sebelum ini, MCA mengumumkan tidak akan terlibat dalam PRK berkenaan kerana terguris hati dengan sikap DAP yang mengkritik parti itu.
MIC pula pada awalnya memaklumkan hanya akan berkempen untuk calon BN, namun bersetuju untuk turun berkempen bagi membantu calon PH selepas diminta Anwar.
‘Kerajaan kena jadi jantan’
Mengulas lanjut, Sanusi mendakwa kerajaan hari ini tidak ada petunjuk untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat sehingga menggunakan undang-undang untuk menuduh pihak yang mengkritik kerajaan.
“Dia tak tahu nak buat apa. Mana-mana pihak yang tanya soalan dia akan tembak dengan fitnah tanpa hujah sama sekali. Kalau kerajaan pergi sampai begitu, kerajaan ini bukan lagi pelindung kepada rakyat.
“Mana ada kerajaan dengan segala kekuatan pentadbiran, kuasa dan jentera kerja dia serang pembangkang sahaja. Mana ada kerajaan di dunia ini, di Malaysia sahaja. Kerajaan kena jadi jantan.
“Jadi saya minta pengundi KKB memilih calon PN pada PRK ini agar memberi isyarat kepada kerajaan hari ini bahawa rakyat sedang menolak kerajaan ini,” katanya.
DUN Kuala Kubu Bharu merupakan ‘kerusi campuran’ dengan pecahan pengundi Melayu (46 peratus), Cina (30 peratus) dan India (18 peratus) dan lain-lain (6 peratus).
Calon PN Khairul Azhari Saut akan berdepan tiga lagi calon, iaitu Pang Sock Tao daripada PH, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).
PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Akauntan Cina kini bergelar Komando ATM [VIDEO]
- Suami Irma Hasmine buat kejutan, kongsi gambar kahwin baharu
- Gajah mengamuk, 4 termasuk pegawai perhutanan maut
- SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
- Aliff menangis Sarah minta putus hubungan
- Ruhainies mahu bersemuka dengan Bella, Sarah
- Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu
- Tanah keluarga pelakon dipindah milik PTG Selangor tanpa pengetahuan
- Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)
- Aliff Aziz mati kutu nak bayar ansuran kereta
- Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella
- Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah
- Ruhainies jangan kaitkan nama saya – Chacha Maembong
- Akaun fleksibel KWSP boleh keluar bila-bila masa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia
Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]