Veveonah makan malam dengan Abah

Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin kembali ke media sosial setelah kira-kira seminggu berdiam diri selepas videonya mengambil peperiksaan di atas pokok tular dan mendapat perhatian dua Timbalan Menteri.

Pelajar asasi tahun satu UMS itu dilihat bangga berkongsi gambar aktiviti terbaharunya di kampus termasuk makan malam dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin beberapa hari yang lalu.

Seperti yang dilihat dalam catatan Instagramnya semalam, Veveonah telah memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin dengan tulisan “Kekal hebat! Ia adalah satu penghormatan bagi saya dan keluarga saya dijemput untuk makan malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang kelapan”.



“Dia (Muhyiddin) adalah seorang yang merendah diri dan sangat luar biasa. Terima kasih banyak, Tan Sri,” tulisnya di Instagram beliau, vevemacho. Sinar

Nota : Untung Veveonah, lepas ini pasti jadi celebriti, berebut ahli politik cari nak bergambar dengan dia.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker