Pegawai JKM biadab paksa gelandangan tinggalkan Kuala Lumpur, Menteri janji akan siasat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menyiasat dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) didakwa biadab terhadap sepasang gelandangan.

Menterinya, Nancy Shukri, berkata pegawainya menemui pasangan terbabit yang kini tinggal sementara di kediaman disediakan NGO pagi tadi bagi mengetahui situasi sebenar.

Berdasarkan maklum balas awal pegawainya, beliau berkata, wanita itu tidak mahu terus menerima bantuan dan berhasrat mencari pendapatan sendiri dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kompleks Kota Raya.



“Dia mahu tinggal di lokasi berdekatan tempat kerja dan kita menawarkan Anjung Singgah, namun suaminya enggan tinggal di sana dengan alasan ramai orang di Anjung Singgah.

“Selepas itu, kita menawarkan mereka kediaman sementara di rumah transit dan ini sedang diuruskan,” katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman tokoh korporat, Bustari Yusof di Kuching.

Nancy mengulas laporan sebuah portal berita mendakwa seorang wanita di ibu negara menerima layanan tidak sewajarnya daripada dua pegawai JKM.

Menurut laporan itu, Zaleha Haron mendakwa mereka didatangi dua pegawai JKM pada Hari Raya ketiga, selepas laporan dia hidup bergelandangan dengan suaminya di Kuala Lumpur sejak November 2023 akibat diusir anak sendiri dari Kulim, Kedah disiarkan.



Pasangan itu kemudian tinggal di kaki lima berdekatan tempat kerjanya.

Tetapi, selepas kisah pasangan terbabit disiarkan, dua pegawai JKM dilaporkan berjumpa dan memaksa mereka mengemas barang serta meninggalkan Kuala Lumpur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker