Penduduk Kampung Cina tunjuk ‘jalan tikus’ pulang ke KL selepas habis cuti raya buat netizen terharu [VIDEO]
Penduduk Kampung Cina tunjuk ‘jalan tikus’ pulang ke KL selepas habis cuti raya buat netizen terharu [VIDEO]
IPOH: “Mereka boleh pilih untuk tidur, tetapi lebih sanggup pilih bersusah-payah bantu lancarkan perjalanan kami malam itu,” kata Zairul Annuar Mohd Zain, 47, yang videonya menggunakan “jalan tikus” di Ladang Bikam ketika menuju ke Kuala Lumpur untuk pulang ke Nilai, Negeri Sembilan pada Syawal ke-4, tular di media sosial sejak semalam.
Zairul ketika dihubungi Bernama mengakui tidak menyangka video itu tular dan dikongsi pengguna media sosial lain, serta portal berita tempatan.
Katanya, dia agak kesal kerana tidak merakam keseluruhan kejadian bermula daripada bertemu sekumpulan lelaki berbangsa Cina dan cuma sempat merakam sebahagian sahaja kejadian.
Menceritakan detik malam itu, Zairul berkata dia dan isteri serta anak berusia 17 tahun dalam perjalanan pulang ke Nilai, selepas beberapa hari berhari raya di rumah seorang saudara di Ipoh sejak 2 Syawal.
“Oleh kerana aplikasi Google Maps memberikan notifikasi jalan ‘merah’ (sesak), maka saya memilih untuk mengikut cadangan daripada aplikasi itu untuk ikut jalan dalam dari Gopeng ke Ladang Bikam itu, ada beberapa kereta yang juga ikut jalan sama di depan dan belakang kami, maknanya jalan tu betul.
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
Jantan takdak teloq – Puteri Sarah
“Masa tu dah jam 10 malam juga, tiba-tiba ada kenderaan dari arah bertentangan, berhenti suruh kami patah balik sebab kereta tidak akan lepas sebab jalan teruk dan berbukit, kecewa juga sebab kena juga patah balik menghadap kesesakan lalu lintas,” katanya sebelum ditegur sekumpulan 10 hingga 15 lelaki berbangsa Cina, yang melarang mereka berpatah balik.
Zairul berkata, kumpulan lelaki tersebut kemudian menyuruh mereka menunggu sebentar sebelum datang dengan sebuah jentera dan mengorek serta meratakan jalan yang agak berbukit tadi, sehingga rata dan boleh dilalui kenderaan yang sedang menunggu.
“Dalam 10 sehingga 15 minit sahaja, mereka kata jalan ‘clear’, kalau tidak hanya kenderaan pacuan empat roda sahaja boleh lalu. Saya, isteri dan anak tunggu dalam kereta tadi bergerak semula melalui jalan tikus itu, dalam beberapa kilometer kami berjaya tembus jalan besar semula sebelum meneruskan perjalanan ke Nilai,” katanya berasal dari Nilai.
Zairul yang dua tahun menetap di Indonesia pulang berhari raya ke Malaysia sejak 1 Syawal lalu berkata, dia berkongsi kisah tersebut di Facebooknya kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan lelaki itu.
“Saya nak orang lain rasa apa yang saya rasa, Malaysia ada rakyat yang baik hati walaupun berbilang kaum, perpaduan kita masih utuh, dari lubuk hati saya, jika ada peluang saya nak jumpa semula dengan kumpulan lelaki yang membantu itu, dan ucap terima kasih lagi, kerana hari itu (kejadian) saya tak sempat bercakap lama dengan mereka,” katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
Terdahulu, video berdurasi satu minit 10 saat dikongsi Zairul di Facebooknya sejak semalam mencuri perhatian rakyat Malaysia dikongsi sebanyak 4,800 kali dan mendapat lebih 8,000 tanda suka serta ditonton lebih 420,000 warganet.
Ia memaparkan perjalanan Zairul bersama keluarganya melalui “jalan tikus” dari Gopeng ke Ladang Bikam, namun dibantu sekumpulan penduduk berbangsa Cina yang sanggup bergotong-royong membantunya dan pengguna lain yang mahu pulang berhari raya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Penduduk Kampung Cina tunjuk ‘jalan tikus’ pulang ke KL selepas habis cuti raya buat netizen terharu [VIDEO]
Baca Artikel Menarik:
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]