Kes fitnah terhadap KJ, Lokman setuju mohon maaf & bayar pampasan

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, bersetuju memohon maaf secara terbuka dan membayar sejumlah pampasan sebagai penyelesaian susulan kes fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Permohonan maaf secara terbuka oleh Lokman, akan disiarkan menerusi laman Facebook dan saluran YouTube kendaliannya adalah sebahagian daripada syarat penyelesaian saman fitnah Khairy terhadapnya berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan usaha vaksinasi COVID-19 oleh kerajaan di negara ini pada 2021.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini merekodkan penyelesaian secara baik di antara antara pihak terbabit dengan Lokman bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan kepada Khairy.

Ketika memfailkan tindakan sivil pada Januari 2022, Khairy mendakwa difitnah oleh Lokman menerusi siaran media sosial, termasuk dakwaan bahawa plaintif dikatakan bertindak melulu dan/atau tidak bertanggungjawab dalam perolehan vaksin Covid-19 untuk program vaksinasi di Malaysia.

Susulan penyelesaian yang dicapai hari ini, Khairy menzahirkan rasa puas hati selepas Lokman bersetuju memohon maaf dan membayar pampasan sebagai penyelesaian kes fitnah itu.

“Saya berterima kasih kepada Hakim (Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan).

“Puas hati dia (Lokman) minta maaf dan akan bayar seperti mana dipersetujui,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita sejurus prosiding kes saman itu selesai.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker