Sanusi dicabar saman wanita dedah salah tadbir Kedah Agro
Shaiful mencabar Sanusi kalau berani.
Sanusi dicabar saman wanita dedah salah tadbir Kedah Agro
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dicabar menyaman seorang wanita yang mendakwa berlaku kesalahan tadbir dalam Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) sehingga menyebabkannya menanggung kerugian.
Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata Menteri Besar Kedah itu wajar memberi penjelasan berhubungan dakwaan wanita yang dikatakan bekas kakitangan KAHB bahawa keuntungan syarikat diambil Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Baru-baru ini tular satu ‘posting’ di Facebook, MBI telah mengambil untung Kedah Agro, MBI telah mengambil staf Kedah Agro dan MBI lantik Ketua Pegawai Eksekutif dalam kalangan kroni MBI sahaja. Sanusi perlu perjelaskan perkara ini.
“Saya cabar Sanusi untuk bawa orang yang tuduh dia ke mahkamah. Berani kerana benar, jangan nampak takut.
“Sudah-sudahlah jadi ‘pembangkang’ dalam isu ini, anda wakil kerajaan negeri, guna lunas undang undang yang ada,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy sekali lagi mengulangi gesaan supaya Muhammad Sanusi selaku Pengerusi MBI membayar segera gaji 24 kakitangan KAHB yang tertunggak sejak September tahun lalu dan tidak menjadikan alasan Laporan Ketua Audit Negara 2017 untuk mengelak pembayaran gaji berkenaan.
Katanya, semua pihak tahu KAHB mempunyai masalah, namun kerajaan negeri terdahulu termasuk dari Barisan Nasional (BN), PAS atau BERSATU tetap juga berusaha membayar gaji kakitangannya.
“Sanusi perlu berhenti mengatakan tidak mahu bayar kerana akan guna duit rakyat. Apa Sanusi fikir rakyat bodoh sangat… sudah tentu Kedah Agro itu anak syarikat MBI (dan) MBI kena pandai cari dana atau struktur kewangan demi bayar gaji pekerja.
“Siapa suruh Sanusi guna duit rakyat (untuk bayar Kedah Agro), atau Sanusi memang sudah biasa guna duit rakyat untuk bayar syarikat GLC negeri?
“Sebagai Pengerusi MBI, Sanusi kena pandai fikir cara dan cari jalan untuk selesaikan masalah gaji ini atas kapasiti seorang Pengerusi.
“Kenapa zaman BN kita masih berusaha untuk bayar gaji pekerja Kedah Agro. Sebab setiap Menteri Besar tahu itu tanggung jawab mereka, hatta Menteri Besar PAS atau BERSATU, semua bayar,” katanya.
Kelmarin, Muhammad Sanusi melalui kenyataan di laman sosialnya menyatakan akan menyaman seorang wanita yang dikatakan melempar tuduhan ke atas MBI dalam isu tunggakan gaji KAHB termasuk mengaitkannya dengan pentadbiran negeri di bawah kerajaan PAS terdahulu. BH
Sanusi dicabar saman wanita dedah salah tadbir Kedah Agro
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Safee Sali mengaku kahwin lain
You must be logged in to post a comment.