Majlis Iftar Madani bersama PM dihadiri 10 ribu rakyat

Hampir 10,000 orang membanjiri Bulatan Dataran Putra di sini, malam ini, untuk berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Majlis Iftar Madani sempena sambutan Nuzul Al-Quran.

Majlis julung kali anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu berlangsung secara santai dengan hadirin duduk bersila menjamu juadah berbuka puasa yang disediakan.

Yang turut hadir ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.



Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Majlis yang turut diadakan dengan kerjasama 14 agensi agama Persekutuan serta rakan strategik lain itu bertujuan merapatkan persaudaraan dan kebersamaan menerusi perkongsian rezeki, sekali gus membolehkan rakyat berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan alunan selawat dan zikir munajat.

Perdana Menteri turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Pusat Pungutan Zakat (PPZ).



Beliau kemudian menunaikan solat maghrib di Masjid Putra, dengan diimamkan oleh Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra yang menjalankan tugas Imam Besar, Abdul Karim Zakaria.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker