Bos KK Mart mengaku tak salah lukakan perasaan agama lain

Bos KK Mart mengaku tak salah lukakan perasaan agama lain

SHAH ALAM: Pengasas KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Chai Kee Kan, 57, dan Loh Siew Mui,53, yang juga pengarah syarikat itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.



Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Masri Mohd Daud manakala Chai dan Loh diwakili Rajpal Singh.



Sementara itu, Rajpal memohon ikat jamin RM5,000 yang disifatkan mencukupi bagi memastikan anak guamnya hadir ke mahkamah.

“Anak guam saya adalah ketua dalam syarikat itu dan dia mempunyai 5,000 kakitangan dengan 810 cawangan di seluruh negara juga di Nepal, India dan Brunei.

“Beliau aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan dan seorang dermawan.Saya percaya tiada sebab untuk beliau melarikan diri,” katanya.

Muhamad Anas kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang tertuduh. FMT



Bos KK Mart mengaku tak salah lukakan perasaan agama lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker