Tanjong Karang, Gua Musang mohon rujuk Wan Saiful ke jawatankuasa Parlimen
Tanjong Karang, Gua Musang mohon rujuk Wan Saiful ke jawatankuasa Parlimen
Dua Ahli Parlimen yang didakwa cuba mempengaruhi Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan supaya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengemukakan usul untuk merujuknya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) memberitahu Dewan Rakyat, beliau dan Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang) telah memfailkan usul masing-masing pada Jumaat lalu.
“Tanjong Karang telah mengemukakan usul terhadap Tasek Gelugor ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bawah Peraturan Mesyuarat 36(6) dan 36(12),” katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memaklumkan bahawa beliau telah menerima usul daripada kedua-dua Ahli Parlimen tersebut Jumaat lepas.
Johari berkata, beliau sedang meneliti dakwaan Wan Saiful itu dan dalam usaha mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Saya telah membaca ‘word by word’, daripada hansard oleh Tasek Gelugor, dan saya telah menulis kepada beliau untuk mendapatkan fakta-fakta yang telah pun beliau sebut itu,” katanya.
“Selepas itu, saya akan panggil Gua Musang dan Tanjong Karang untuk tindakan selanjutnya. Jika didapati Tanjung Karang dan Gua Musang bersalah … dua-dua akan dihadapkan ke jawatankuasa.”
Sementara itu, Johari mengingatkan semua Ahli Parlimen agar tidak menggunakan masa di Dewan Rakyat untuk bermain politik.
“Dewan yang mulia ini hendaklah kita gunakan untuk dibincang, bahas berunding isu negara dan rakyat,” katanya.
Minggu lepas, Wan Saiful mendakwa Zulkafperi dan Azizi, bersama tiga individu lain membuat kacau dalam usaha mempengaruhi kelakuan dan sokongan beliau terhadap kerajaan. FMT
Tanjong Karang, Gua Musang mohon rujuk Wan Saiful ke jawatankuasa Parlimen
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar
Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi