Wan Saiful yang tuntut syarat sokong Anwar – MP Tanjong Karang


Wan Saiful yang tuntut syarat sokong Anwar – MP Tanjong Karang

Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi mendakwa Wan Saiful Wan Jan sendiri menetapkan enam tuntutan sebagai syarat menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat keenam Bersatu menyokong Anwar itu berkata beliau dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim tidak ada menawarkan sebarang tawaran kepadanya.

“Kalau kita amati betul-betul kesemua penawaran ini adalah sebenarnya tawaran beliau sendiri atau demand beliau sebagai syarat untuknya memberi sokongan kepada PMX (Anwar),” kata Zulkafperi pada sidang media di Parlimen, yang turut dihadiri Azizi.



Pada 21 Mac, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa dua Ahli Parlimen cuba mempengaruhinya untuk menyokong kerajaan pimpinan Anwar.

Wan Saiful memberitahu Dewan Rakyat, tawaran dibuat seorang daripada Ahli Parlimen itu dan dua lagi individu pada 17 Jan lalu termasuk peruntukan Parlimen RM1.7 juta beserta projek bernilai RM2 juta, bayaran perbelanjaan perubatan isterinya, jumlah token yang tidak dinyatakan hadnya untuk kegunaan peribadi serta pengguguran kes yang dihadapinya di mahkamah.

Beliau mendakwa wakil rakyat terbabit bertindak bersama tiga lagi individu dikenali Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim.

Pada Jumaat, mereka memfailkan usul bagi merujuk Wan Saiful kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen kerana membuat sangkaan jahat dan cuba mengelirukan dewan dengan mendakwa Zulkafperi adalah ejen yang memujuk dan menyogok Ahli Parlimen PN untuk menyokong kerajaan.



Dalam pada itu, Zulkafperi memberitahu Wan Saiful memaklumkan kepadanya bahawa beliau terlebih dahulu didatangi individu bernama Hasnan dan Datuk Azman malah mengakui telah bersedia lebih awal untuk menyokong perdana menteri sebelum beliau melakukannya.

Zulkafperi juga berpendapat Wan Saiful bertindak melaporkan perkara sebaliknya kerana beliau dan dan Azizi tidak dapat membantu beliau dengan lebih lanjut.

“Pertemuan serta perbualan dengan saya atau Gua Musang adalah atas kehendak Tasek Gelugor sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian tetapi saya atau Gua Musang gagal jadi ejen yang baik kepada beliau maka beliau melaporkan pula kami yang memujuknya.

“Jadi, kenyataan beliau di Parlimen jelas bersifat sangkaan jahat dan fitnah kerana memutarbelitkan fakta serta menuduh saya tanpa sebarang bukti jelas, malah cuba memerangkap dan mengheret saya ke dalam agenda peribadi beliau,” katanya. FMT



Wan Saiful yang tuntut syarat sokong Anwar – MP Tanjong Karang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker