Wan Fayhsal cetak draf sendirikah, soal Fahmi

Wan Fayhsal cetak draf sendirikah, soal Fahmi

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menafikan dakwaan ada “wakil” Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyerahkan “draf perjanjian” kepada Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Fahmi berkata beliau telah menyemak dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Ketua Setiausaha Politik Anwar Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa pegawai lain yang memaklumkan tiada draf diserahkan seperti didakwa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.



“Adakah Ahli Parlimen Machang mencetak drafnya sendiri? Sebab sebelum ini beliau pernah cadang untuk selesai masalah ekonomi kena cetak wang.

“Saya percaya beliau mungkin rasa terpanggil untuk menyelamatkan keadaan kerana yang disebut oleh ketua pembangkang (Hamzah) dalam Parlimen pada Khamis lalu ialah ada draf.

“Tetapi TPM (Fadillah Yusof) yang duduk bersama dengan ketua pembangkang apabila melaporkan kepada Kabinet menyatakan tidak ada sebarang draf dan perkara ini telah disahkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” kata menteri komunikasi itu pada sidang media di Parlimen.

Terdahulu, Wan Fayhsal yang juga ketua Pemuda Bersatu mendakwa Anwar ada menyerahkan “draf perjanjian” melalui “wakilnya” kepada Hamzah, yang turut berkaitan dengan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.



Beliau mendakwa perkara itu tidak diketahui sesiapa termasuk Fadillah yang semalam menafikan kewujudan dokumen terbabit.

Fadillah, yang diberi tanggungjawab berunding dengan pembangkang berhubung peruntukan Ahli Parlimen berkata, beliau tidak menyerahkan sebarang draf seperti didakwa, dalam pertemuan dengan Hamzah pada 19 Mac lalu.

Di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, Hamzah berkata, pihaknya sudah menerima suatu draf dokumen yang memperincikan cadangan pemberian peruntukan.

Ahli Parlimen Bersatu Rosol Wahid semalam dilaporkan berkata, Ahli Parlimen PN menuntut peruntukan RM3.5 juta setahun dalam “draf tawaran perjanjian baharu” itu.



Justeru, Fahmi meminta wakil rakyat Bersatu itu merujuk saluran rasmi yang sudah dilantik berhubung rundingan berkenaan.

“Saya rasa kalau Ahli Parlimen Machang tak tahu apa-apa baik dia diam,” tambahnya. FMT

Wan Fayhsal cetak draf sendirikah, soal Fahmi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker