Kes seksual guru, pelajar dalam ‘radar’ KPM

Kes seksual guru, pelajar dalam ‘radar’ KPM

Kes salah laku didakwa melibatkan guru dan pelajar yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Selangor kini berada dalam perhatian Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian itu dalam satu kenyataan, berkata tindakan juga telah diambil mengikut garis panduan sedia ada.



“KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan.

“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Malaysiakini melaporkan keluarga pelajar terbabit akan bertemu KPM di Putrajaya, hari ini berkait kes berkenaan.

Pada Sabtu, polis mengesahkan sedang menyiasat laporan daripada keluarga pelajar lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan guru sekolahnya.



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan, berkata remaja dan guru itu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof sebelum itu berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 12 Dis tahun lalu daripada pengadu wanita tempatan berusia 46 tahun yang merupakan ibu kepada remaja tersebut.

Menerusi laporan itu, wanita terbabit mendakwa melihat kesan kemerahan pada bahagian leher anak lelakinya selepas mangsa balik dari mengulang kaji pelajaran bersama guru matematik itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Justeru, KPM menyeru semua pihak melaporkan kes jenayah seksual supaya tindakan tegas dapat diambil.

Ia juga meminta institusi pendidikan di bawahnya untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang berkuatkuasa, bertujuan memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid. FMT

Kes seksual guru, pelajar dalam ‘radar’ KPM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker