Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram, terima suapan sejak 2021
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram, terima suapan sejak 2021
Pegawai kanan polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, dipercayai menerima suapan sejak 2021 lagi.
Difahamkan, suspek berusia 40an menerima wang suapan itu daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram membabitkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme sekitar Kuala Lumpur.
Sumber berkata, selain pegawai kanan itu, seorang anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur, turut ditahan.
“Hasil penahanan ke atas suspek utama, SPRM turut menemui sejumlah wang tunai bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.
Bekas setpol, Datuk Seri antara 4 direman kes rasuah tender kementerian
“Suspek utama telah ditahan di Putrajaya kelmarin, manakala suspek kedua yang juga anggota bawahannya ditahan pada hari yang sama di sekitar Kuala Lumpur,” kata sumber.
BH difahamkan, perintah reman selama tiga hari iaitu kepada suspek utama sudah dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib, manakala suspek kedua direman selama sehari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Katanya, siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti dalang lain yang terbabit.
BH sebelum ini melaporkan, pegawai kanan itu ditahan selepas disyaki terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.
Katanya, penahanan pegawai terbabit turut membawa kepada penemuan wang tunai jutaan ringgit selain turut memiliki harta yang tidak munasabah. BH
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram, terima suapan sejak 2021
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.