Cadangan ‘halau’ Aliff Aziz pulang negara asal dikritik
Cadangan ‘halau’ Aliff Aziz pulang negara asal dikritik
Penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi tidak bersetuju sekiranya selebriti yang terjebak dengan kontroversi disenarai hitam daripada sebarang tawaran kerja seni.
Merujuk kepada isu Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama Ruhainies baru-baru ini, Sabhi berkata, cadangan rambang supaya pelakon dan penyanyi tersebut turut ‘dihalau’ pulang ke negara asal iaitu Singapura juga disifatkan sebagai keterlaluan.
“Apa yang berlaku adalah ketentuan yang sudah ditetapkan kepada Aliff. Walau macam mana pun iman seseorang itu tetapi tidak dijaga, memang akan goyang. Kita semua adalah manusia biasa dan tidak dinafikan apa yang Aliff buat adalah salah.
“Bagi saya rezeki setiap orang itu berbeza, tidak elok berkata sedemikian (minta Aliff pulang ke Singapura). Setiap manusia ada khilaf dan sering terikut dengan nafsu dalam diri.
“Kalau sudah rezeki Aliff di Malaysia, orang tidak boleh tutup. Bukan tugas manusia untuk menutup rezeki sesama manusia, tetapi itu adalah tugas Allah.
Baca Artikel Menarik:
- Wani Kayrie simpati nasib Bella Astillah kerana terpaksa simpan ‘sakit bertahun’
- MKT Umno ‘restu’ tindakan Akmal isu stokin kalimah Allah
- Menang, pencapaian, cipta sejarah penting dalam sukan – TMJ
“Saya pernah jumpa dengan Aliff ketika dia teman Bella di program Famili Duo, saya lihat dia sebagai seorang lelaki yang baik. Apa pun manusia punya hati di dalam tiada siapa yang pernah tahu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Cinta Sesungguhnya ini lagi, kontroversi seperti ditangkap khalwat tidak akan berlaku sekiranya kedua-dua pihak tidak membuka ruang dan berpegang dengan prinsip menjaga maruah masing-masing.
“Jangan salahkan satu pihak sahaja, kalau perempuan tidak memberi ruang lelaki tidak akan dapat. Walau lelaki itu sedaya upaya cuba macam mana pun. Jika perempuan itu ada prinsip perkara sebegini tidak berlaku, namun dua-dua pihak membuka ruang itu.
“Jangan juga salahkan Aliff seorang, saya juga lelaki. Sebagai contoh, dalam bahasa kasarnya jika perempuan itu kangkang depan mata, namun saya sendiri tidak mahu maka tidak akan berlaku sesuatu. Begitulah tahap iman seseorang.
“Jika ada perempuan depan mata, jika lelaki itu bertegas untuk tidak mahu lakukan, maka tidak akan berlaku (maksiat),”katanya.
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
Dalam pada itu, penyanyi asal Sabah itu menafikan dakwaan bahawa kaum lelaki cepat ‘tumbang’ dengan kecantikan wanita.
“Bagi saya, kaum lelaki tidak akan pernah kalah dengan wanita jika dia simpan satu prinsip setia dan pemikiran mengatakan dia sudah berkahwin serta memiliki anak. Seharusnya sentiasa fikir tanggungjawab kepada keluarga.
“Jika lelaki berpegang pada prinsip itu, maka dia tidak akan terjerumus ke arah perkara yang tidak elok,”katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Cadangan ‘halau’ Aliff Aziz pulang negara asal dikritik
Baca Artikel Menarik:
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.