Tiga minggu 7 beranak bergelandangan, dari rumah saudara ke kaki lima kedai

Tiga minggu 7 beranak bergelandangan, dari rumah saudara ke kaki lima kedai

Lima kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun terpaksa melalui kepayahan hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di merata tempat sejak hampir tiga minggu lalu.

Kanak-kanak berkenaan bersama ibu dan bapanya, bukan saja perlu menumpang di rumah saudara mara, malah pernah berteduh di kaki lima.

Situasi sukar dihadapi keluarga itu dikongsi Pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat Lembaga Zakat Selangor, yang menjalankan tinjauan dan operasi bagi menjejaki keluarga berkenaan di sekitar Bandar Baru Bangi di Selangor baru-baru ini.

“Hari kedua berpuasa, sebuah keluarga diadukan bergelandangan di sekitar Bandar Baru Bangi. Rata-rata hanya mampu melihat dan sedikit simpati dengan menghulurkan seringgit dua untuk mengalas perut.

“Tak dapat dibayangkan, hampir tiga minggu anak seusia tiga tahun ke 11 tahun hidup berpindah randah. Dari rumah saudara ke kaki lima kedai.

” (Jika) ada sumbangan orang ramai, kenalah di hotel bajet. Semuanya demi anak-anak.,” katanya menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor hari ini.

Sebaik aduan diterima, katanya pasukan diketuai Ketua Operasi Agihan Daerah Hulu Langat segera menjejaki keluarga ini.

“Sungguh hiba kami lihat, mereka tampak keletihan, terutamanya lima anak kecil yang di bawa bersama,” katanya sambil memaklumkan bantuan kecemasan dan tempat tinggal sementara sudah diusahakan buat keluarga berkenaan.

Katanya, pihaknya juga sudah mendaftarkan keluarga sebagai asnaf sementara, bagi mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.

“Kami menyalurkan sumbangan wang tunai untuk makan minum dan menyewakan dua hari homestay bagi memberikan keselesaan anak-anak kecil sementara urusan mencari rumah sewa.

“Ada yang bersimpati, tanpa deposit yang diminta oleh tuan rumah, dibenarkan untuk masuk ke rumah sewa dengan segera,” katanya.

Katanya, segala aduan dan siasatan yang dijalankan adalah selepas melihat kepada keperluan asasi atau keutamaan yang diperlukan keluarga berkenaan.

“Selebihnya, keluarga ini perlu mengusahakan sesuatu agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Kami di Lembaga Zakat Selangor sentiasa bergerak menyantuni bukan saja gelandangan, tetapi warga setempat yang memerlukan.

“Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini, dapat membuka ruang lebih luas buat keluarga ini untuk mengubah taraf hidup,” katanya.

Sementara ibu kepada lima anak berkenaan yang ditemui pasukan itu berkongsi kepayahan terpaksa diharungi mereka, khususnya dalam mendapatkan tempat tinggal sempurna buat anaknya.

“Kami sudah tak fikir untuk diri sendiri, apa yang saya fikirkan sebagai seorang ibu, hanyalah untuk anak-anak,” katanya. HM

Tiga minggu 7 beranak bergelandangan, dari rumah saudara ke kaki lima kedai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker