MKT Umno ‘restu’ tindakan Akmal isu stokin kalimah Allah

MKT Umno ‘restu’ tindakan Akmal isu stokin kalimah Allah

Majlis Kerja Tertinggi Umno menyokong penuh tindakan Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah termasuk gerakan memboikot kedai serbaneka KK Mart.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat MKT hari ini.

“MKT sokong penuh pendirian berkenaan isu stoking kalimah Allah,” katanya pada sidang media di Menara Dato Onn.

Bagaimanapun, Asyraf berkata tindakan menyokong Akmal yang dikritik hebat termasuk menteri dalam kerajaan perpaduan tidak akan menjejaskan hubungan Umno dengan parti dalam pentadbiran Putrajaya.

“Dalam dua perjanjian ditandatangani dalam memulakan rundingan membentuk kerajaan perpaduan…Umno letak empat syarat antaranya jangan sesekali remehkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

“Setakat ini permimpin dalam kerajaan perpaduan hormat pendirian itu,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalannya Zahid Hamidi menyeru semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu stoking tertera kalimah Allah.

Anwar berkata tindakan sudah diambil manakala Zahid yang juga presiden Umno menyeru semua pihak tidak “berlebih-lebihan” dalam isu tersebut apabila pihak terbabit sudah meminta maaf.

Kontroversi stoking tertera kalimah Allah tercetus susulan tular gambar penjualan produk itu minggu lalu, di sebuah cawangan KK Mart Bandar Sunway, sekali gus mengundang kecaman umat Islam termasuk desakan memboikot oleh Pemuda Umno.

Susulan syarikat berkenaan memohon maaf dan menyuarakan kekesalan atas insiden berlaku, namun Pemuda Umno mendesak pengurusan KK Mart memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara. FMT

MKT Umno ‘restu’ tindakan Akmal isu stokin kalimah Allah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker