Sarawak tangguh pendaftaran PADU

Sarawak tangguh pendaftaran PADU

Pegawai pentadbiran Sarawak di bahagian Sri Aman dan Sibu diarahkan untuk tidak mendaftarkan maklumat penduduk di Pangkalan Data Utama (Padu) sehingga diberitahu.

Residen Sri Aman Abang Porkan Abang Budiman mengeluarkan arahan itu dalam satu memorandom rasmi kepada pegawai daerah dan pentadbiran di bahagian itu, lapor Borneo Post.



Pegawai daerah juga diminta memanjangkan arahan itu kepada semua ketua masyarakat, ketua kaum, dan ketua kampung di bawah pentadbiran mereka.

Residen Sibu Wong Hee Sieng, juga dilapor memaklumkan kepada pegawai pentadbiran bahagian, bahawa kerajaan negeri masih belum memutuskan untuk mendaftar data peribadi dengan Padu, dan pemimpin masyarakat dinasihatkan tidak terbabit dengan perkara itu.

Setiap 12 bahagian di Sarawak ditadbir oleh pegawai yang dikenali sebagai residen, yang diberi kuasa pentadbiran meliputi imigresen, perkhidmatan pos, kastam dan cukai, serta pendaftaran.

Abang Porkan berkata memorandom itu dikeluarkan dengan niat baik demi kebaikan rakyat.



“Kita boleh mendaftar semula dengan Padu apabila terdapat arahan yang jelas untuk berbuat demikian daripada pihak berkuasa negeri selepas meneliti tujuan dan ciri keselamatannya,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kerajaan Sarawak meragui keperluan bagi semua penduduk untuk melengkapkan pendaftaran di Padu.

Beliau berkata Timbalan Menteri Hubungan Negeri-Persekutuan, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, diberi tanggungjawab untuk mendapat penjelasan dan menilai perkara tersebut.

Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram



Di Kuala Lumpur, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Abang Johari Openg akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai pendaftaran penduduk Sarawak di Padu. FMT

Sarawak tangguh pendaftaran PADU

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker