Tiada siapa boleh halang, boikot ‘habis-habisan’ KK Mart – Akmal

Tiada siapa boleh halang, boikot ‘habis-habisan’ KK Mart – Akmal

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata beliau akan terus mendesak pemboikotan kedai serbaneka KK Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah, walaupun dinasihatkan tidak memanjangkan isu itu.

Beliau menegaskan, gesaan memboikot KK Mart bukan untuk meraih kepentingan politik, namun tindakan mempertahankan Islam daripada penghinaan.



“Jadi, sudah tentulah siapa pun yang nak menghalang saya dia takkan mampu untuk menghalang saya,” katanya kepada pemberita di Masjid Simpang Tiga.

Akmal juga menyuarakan keyakinan Pemuda Umno berada pada “landasan betul”.

Susulan kenyataan Akmal sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata jangan “berlebih-lebihan” selepas syarikat mengoperasikan kedai itu sudah memohon maaf dan siasatan mendapati ia dilakukan pembekal dari China.

“Kita selesaikan masalah ini dengan sebaik-baiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan,” kata Zahid yang juga presiden Umno.



Akmal memaklumkan bertemu Zahid, dan presiden “tak ada cakap apa-apa”, sambil menyatakan ada ahli Majlis Kerja Tertinggi memberi sokongan kepadanya.

Beliau sekali lagi menegaskan permohonan maaf KK Mart tidak mencukupi dengan berkata tiada sesiapa pun boleh terlepas dengan hanya satu permohonan maaf kerana menghina agama.

Akmal berkata, tiba masa untuk memberi pengajaran kepada pihak menghina Islam, termasuk KK Mart, dan berjanji akan terus “memboikot habis-habisan”.

Beliau juga mengkritik DAP dan mendakwa parti itu membawa isu kaum apabila Pemuda mula menyasarkan KK Mart.



Akmal bertegas jika peruncit itu Muslim sekalipun, beliau akan bertindak sama malah “lagi teruk”.

Kontroversi stoking tertera kalimah Allah tercetus susulan tular gambar penjualan produk itu Rabu lalu, di sebuah cawangan KK Mart Bandar Sunway, sekali gus mengundang kecaman umat Islam termasuk desakan memboikot oleh Pemuda Umno.

Pada Sabtu, syarikat berkenaan memohon maaf dan menyuarakan kekesalan atas insiden berlaku, namun Pemuda Umno mendesak pengurusan KK Mart memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara.

Dalam pada itu, Vendor rangkaian kedai runcit berkenaan sedang mempertimbang tindakan undang-undang terhadap pembekal dari China kerana kecuaian. FMT



Tiada siapa boleh halang, boikot ‘habis-habisan’ KK Mart – Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker