Jawatan Pesuruhjaya Kehormat PDRM dedahkan Agong pada proses mahkamah

Jawatan Pesuruhjaya Kehormat PDRM dedahkan Agong pada proses mahkamah

Cadangan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai “Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM” boleh menyebabkan Seri Paduka dipertanggungjawabkan atas kesalahan pasukan itu pada masa hadapan, kata ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Jika kerajaan pada masa depan meratifikasi Statut Rom, Hassan secara hipotesis berkata, Seri Paduka akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan seperti genosid dan kekerasan polis.



Baginda juga, katanya, terdedah kepada pendakwaan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Dalam undang-undang sebelum ini tidak ada jawatan honorary commissioner in chief, tapi sekarang nak dimasukkan.

“Negara kita negara raja berperlembagaan, Agong ketua negara, simbol dan sebagainya, tak terlibat dengan eksekutif.

“Tetapi kalau kedudukan dan jawatan walaupun (berstatus) kehormat tetapi dimasukkan dalam itu (pindaan Akta Polis).



“Ada kebimbangan, bukan sekarang, tapi akan akan datang sekiranya ada perbuatan gonosid, kekejaman, kekerasan dilakukan oleh PDRM bukan polis sekarang, polis akan datang.

“Maknanya the honorary commissioner in chief of police akan diheret ke mahkamah didakwa dan akan dibicarakan,” katanya di Dewan Rakyat semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Pindaan Akta Polis 2024 hari ini.

Mengakui rang undang-undang itu telah ditapis, Hassan berkata perkara itu mesti ditangani di Parlimen.

Dia juga menggesa kerajaan untuk mengambil kira kebimbangan sedemikian.



“Mungkin akan berlaku seperti apa yang dialami oleh Presiden Sudan, Umar al-Bashir suatu ketika dulu, Presiden Chile, (Augusto) Pinochet, bukan di ICJ tapi di ICC, negara yang ratifikasi Statut Rom,” tambahnya.

Kelmarin, bacaan kali pertama pindaan Akta Polis 1967 dibentang di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah manakala bacaan kali kedua dan ketiga dijadual dibuat pada mesyuarat kali ini.

Pindaan itu melibatkan perubahan 10 fasal antaranya membolehkan Yang di-Pertuan Agong menjadi Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut naskhah biru yang diedarkan di parlimen pada Isnin, hal itu melibatkan pindaan terhadap fasal 2 akta berkenaan dengan seksyen baru 6A dimasukkan bagi tujuan terbabit.



Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 21 yang memperuntukkan kewajiban pegawai polis menjalankan tugas pengiring di mana-mana jalan awam.

Mana-mana individu yang menghalang, menentang atau tidak mematuhi arahan polis boleh didenda sehingga RM10,000 dan dipenjarakan sehingga dua tahun.

Hukuman sebelum ini memperutukkan penalti RM200 dan dua bulan penjara.

Pindaan kepada fasal 5 pula bertujuan untuk meningkatkan denda maksimum daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi mana-mana orang yang gagal mematuhi arahan polis untuk berhenti sebelum sampai ke mana-mana penghadang yang didirikan atau diletakkan oleh mana-mana pegawai polis, ditetapkan di bawah Seksyen 26.



Fasal 6 melibatkan perubahan kepada seksyen 66 yang menetapkan mana-mana majikan yang gagal menggaji semula mana-mana pegawai polis simpanan boleh didenda maksimum RM2,000 dan penjara setahun berbanding RM1,000 dan enam bulan penjara sebelum ini. Mk

Jawatan Pesuruhjaya Kehormat PDRM dedahkan Agong pada proses mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker