Isu stoking: Mesti ada tindakan, tapi jangan hukum melampau – Anwar

Isu stoking: Mesti ada tindakan, tapi jangan hukum melampau – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kontroversi membabitkan isu stoking yang tertera kalimah “Allah” baru-baru ini perlu disiasat dan diambil tindakan mengikut garis undang-undang.

Namun Anwar menegaskan hukuman terhadap pihak terbabit tidak seharusnya berlebihan.

“Pandangan saya jelas. Ada laporan, ada keterlanjuran. Mesti ada tindakan segera. Kemudian keputusan mengikut jalur hukum.

“Mesti maju terus. Kenapa kita mesti terperangkap dengan isu-isu ini yang berpanjangan? Ada laporan, ambil tindakan,” kata Anwar pada majlis berbuka puasa bersama petugas media di Putrajaya malam ini.

Kata Anwar, dia berharap agar isu itu dapat ditamatkan.

“Jangan ada penghinaan terhadap agama, apa lagi Islam.

“Jangan kita terus dengan perbincangan ini seolah-olah ada malapetaka besar dalam negara ini. Ambil tindakan tegas, segera. Dan kita kemudian harus maju dalam lapangan yang nak kita terokai.

“Hukuman pun jangan hukuman yang melampau. Ada orang lakukan kesalahan sebagaimana kita juga lakukan kesalahan. Janganlah seolah-olah macam mendera orang lebih dari yang sepatutnya,” kata Anwar.

Mengenai ahli politik dalam kerajaan yang dilihat bertikam lidah mengenai perkara itu, dia berkata kerajaan adalah demokratik dan percaya kepada kebebasan untuk bersuara secara kritis.

“Dalam kerangka badan politik yang bebas dan demokratik, tak boleh diikut sistem walak. Dalam parti yang mengekang pemikiran bebas, ia tidak mengizinkan. Kita membolehkan.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan “Allah” dan dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway, tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

Pembekal itu sebaliknya menyalahkan Mu Mian Qing Hosiery kerana tersilap menghantar stoking berkenaan, di mana mereka kemudiannya telah terlepas pandang produk tersebut.

Pihak polis ketika pemeriksaan ke atas kilang Xin Jian Chang hanya menemui lima pasang stoking tertera kalimah “Allah”, yang kesemuanya telah ditarik balik dari KK Mart.

Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh antara yang lantang menggesa KK Mart diboikot meskipun selepas ditegur tiga menteri kabinet.

DAP turut menyuarakan rasa tidak setuju dengan pendirian sayap Umno itu. Mk

Isu stoking: Mesti ada tindakan, tapi jangan hukum melampau – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker