Risteena pertahan Ruhainies, nafi JAWI datang rumah jam 3 pagi

Risteena pertahan Ruhainies, nafi JAWI datang rumah jam 3 pagi

Kakak Ruhainies, iaitu Risteena Munim mempertahankan adiknya dengan berkongsi tangkap layar perbualan melalui aplikasi WhatsApp pada hantaran Instagram Story (IGs), tengah malam tadi, atas apa yang didakwanya terjadi pada malam adiknya ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.

Antara lain, Risteena berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Ruhanies di WhatsApp pada pagi Jumaat lalu. Dalam perbualan itu, mereka berbincang untuk makan bersama.

“Iya, saya sepatutnya berada di sana (kondominium Ruhainies) sama tetapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya. Saya sampai di rumah Ruhainies jam 11.30 malam,” katanya dalam entri berkenaan.

Risteena mendakwa anggota JAWI tiba di rumah adiknya pada jam 11 malam, bukannya jam 3 pagi.

“Jam 11 malam lebih JAWI sudah sampai di rumah, bukan jam 3 pagi. Apa yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff sedar tentang khilaf mereka dan telah mohon maaf. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam itu memang rancang ke rumah Ruhainies. Jadi, saya hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” katanya.

Malam tadi, Ruhainies dan Aliff masing-masing tampil menjelaskan insiden kes khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, Jumaat lalu.

Antara lain, Ruhanies mengakui kekhilafan di sisi agama kerana berada dalam situasi yang boleh menimbulkan syak wasangka yang harus dielak.

Aliff pula menyerahkan pada orang ramai sama ada mahu mempercayai penjelasannya atau tidak. Bagaimanapun, Aliff memohon maaf atas apa yang berlaku.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di sini.

Sumber berkata, tangkapan dibuat JAWI berdasarkan maklumat orang awam. Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Sebelum ini, melalui hantaran IGs, Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz, 33, mendakwa laporan ditahan anggota penguat kuasa JAWI ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.

Bagaimanapun, Aliff dilapor mengaku dirinya faham tanggapan yang timbul disebabkan apa yang berlaku menimbulkan syak wasangka yang boleh mendatangkan fitnah.

Aliff juga dilapor menafikan penjelasan yang bakal dibuat sebagai cuba menegakkan benang basah.

Sementara itu, Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dalam reaksi balas dilapor menjelaskan hubungannya dengan Aliff sekadar rakan artis dan mereka sedang menjalani penggambaran drama.

Ruhainies mendakwa berkawan dengan Aliff sejak lebih 10 tahun lalu dan mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. Ruhainies juga dilapor meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Bella memfailkan perceraian daripada Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu. BH

Risteena pertahan Ruhainies, nafi JAWI datang rumah jam 3 pagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker