Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini

Maish terkesan dengan kempen boikot Israel.

Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini

Rangkaian makanan segera, McDonald’s menjangkakan jualan globalnya akan terus merudum pada suku semasa, sama seperti suku sebelum ini.

Ketua Pegawai Kewangan McDonald’s, Ian Borden, berkata unjuran itu berdasarkan tekanan daripada konflik di Asia Barat dan kelemahan permintaan di China.

Beliau berkata, ia juga menyebabkan sahamnya turun dua peratus pada awal dagangan.

Perbandingan jualan suku pertama dalam segmen Pasaran Pembangunan Berlesen Antarabangsa McDonald’s akan ‘lebih rendah sedikit’ daripada tempoh tiga bulan sebelumnya, kata Borden pada Persidangan Pengguna dan Runcit Global UBS.

Syarikat itu pada Februari lalu tidak menepati unjuran Wall Street untuk jualan suku keempat tahun lalu dalam segmen itu, sebahagiannya disebabkan oleh bantahan dan kempen boikot terhadap beberapa jenama Barat berhubung pendirian pro-Israel mereka.

Borden berkata, pihaknya akan terus menangani kesan perang di Asia Barat.

“Namun kami juga melihat apa yang saya panggil permulaan yang lembap di China tahun ini,” katanya.

Perniagaan global seperti McDonald’s turut bergelut dengan permintaan yang lemah di China kerana isu pekerjaan, krisis hartanah dan ketidaktentuan ekonomi menjejaskan sentimen pengguna. BH

Jualan global McDonald’s dijangka terus merosot suku ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker