4 Bintang Korea Berpuasa

#Ramadhan Kareem

4 Bintang Korea Berpuasa

BULAN yang dinanti-nantikan umat Islam iaitu Ramadan sudah membuka tirai. Setiap daripada kita teruja untuk menyambut bulan penuh rahmat, keampunan dan pembebasan ini.

Namun, siapa sangka ada beberapa selebriti Korea sebenarnya beragama Islam dan turut menjalani ibadah puasa.

Mesti ramai yang tidak menjangkakan perkara ini kerana dunia seni Korea selalunya didominasi mereka yang bukan beragama Islam.

Sehubungan itu, Daebak kali ini merangkumkan kisah beberapa bintang Korea Selatan yang meraikan bulan Ramadan sama seperti 1.9 bilion orang Islam lain di serata dunia.

Zayyan

PASTI ramai yang sudah mengenali anggota kumpulan Xodiac, Zayyan yang juga merupakan seorang lelaki beragama Islam.

Semasa debut bersama Xodiac, dia berkongsi perasaan menjadi lelaki Indonesia pertama yang berjaya menyertai idola K-pop sekali gus membuatkan ramai mengetahui status agamanya.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Mihammad Rifki Fahri Zayyan, 24, dikecam kerana teragak-agak untuk menerangkan mengenai puasa dan hari raya dalam sebuah sesi podcast atau audio siar.

Ramai yang berharap Zayyan dapat belajar lebih lagi mengenai budaya dan agama sendiri selain berkongsi keistimewaan bulan penuh berkat ini.

Lee Ki-woo

SEMASA muncul dalam sebuah sesi temu bual bersama media Korea, pelakon Lee Ki-woo mendedahkan dirinya sudah berhenti mengambil minuman alkohol.

Pendedahan tersebut membuatkan ramai beranggapan bintang drama 18 Again itu telah memeluk agama Islam walaupun tidak diumumkan secara terbuka.

Dalam sebuah temu bual, Ki-woo juga ada memaklumkan secara tersirat bahawa dia seorang penganut agama Islam.

Namun begitu, dia enggan mengulas lanjut kerana menganggap soal agama dan kepercayaan adalah sesuatu yang sangat peribadi untuk dibualkan.

Choi Jin-hyuk

PELAKON Choi Jin-hyuk menjadi bualan hangat netizen beberapa bulan lalu susulan khabar angin mengenainya memeluk Islam tersebar.

Bintang drama popular The Heirs itu juga pernah memaklumkan tidak lagi mengambil minuman beralkohol.

Bagaimanapun, pelakon berusia 38 tahun itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai agamanya.

Baginya, isu agama merupakan hal yang sangat sensitif dan peribadi untuk digembar-gembur kepada orang ramai.

Namun begitu, ada desas-desus mengatakan Jin-hyuk cenderung mengamalkan cara hidup harian seperti seorang Muslim termasuk berpuasa.

Manny

SIAPA sangka, bekas anggota kumpulan Varsity iaitu Manny merupakan seorang Muslim. Dia sebenarnya berketurunan Uighur dari negara China.

Pemilik nama sebenar Xiao Dongcheng itu juga kerap berkongsi momen melaksanakan ibadah dalam media sosial sebagai Muslim.

Dia juga pernah tular kerana membuat pendedahan tidak menjamah sebarang makanan semasa melunaskan konsert jelajah bersama Varsity pada bulan Ramadan.

Manny dikatakan sangat teruja menyambut bulan Ramadan sama seperti umat Islam lain. HG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bawa ke kondo kerana nak ‘chemistry’

Henti sebar cerita khalwat abang saya – Aisyah

Datang ‘shooting’ sekali, siap panggil baby lagi – Kru drama

A Aida ‘blacklist’ Ruhainies

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker