Skil jurusolek China mengagumkan, ubah wajah wanita tua jadi muda [VIDEO]

BEIJING: Seorang jurusolek di China menggunakan kemahirannya untuk mengubah penampilan pelanggan secara dramatik sehingga kelihatan lebih muda.

Pakar kosmetik, yang dikenali sebagai Tuzi atau Rabbit, mempunyai 5.5 juta pengikut di Douyin dan senarai pelanggan yang mengagumkan.

Ia termasuk selebriti seperti pelawak terkenal Tang Jianjun, juga dikenali di China sebagai Xie Guangkun, Jin Jing, Yang Di, pengacara lelaki terkenal Zhang Dada dan KOL Grandma Tian.



Tuzi berpangkalan di Yunnan mengendalikan Starlight Rabbit Portrait Studio, yang menawarkan perkhidmatan ubah rupa.

Tuzi bergambar dengan pelanggannya yang di antaranya adalah selebriti di China. - Foto Xiaohongshu
Tuzi bergambar dengan pelanggannya yang di antaranya adalah selebriti di China. – Foto Xiaohongshu

 

Ramai pelanggan tertarik dengan perkhidmatan Tuzi menerusi video “Extreme Makeover 100 People Challenge” di Douyin, selain ingin mempelajari teknik soleknya.

Dia turut mengambil puluhan pelatih, di mana selepas diberi latihan mempunyai kemahiran setanding Tuzi.



Setiap hari, mereka melakukan tutorial solekan yang disiarkan secara langsung di Douyin pada jam 8.30 malam dan menarik penonton seramai sejuta.

Gaya Tuzi merangkumi salah satu estetika solekan paling popular di China.

Salah satu videonya yang paling popular, menyaksikan Tuzi mengubah selebriti internet berusia 72 tahun, Grandma Tian, yang mendapat hampir 800,000 tanda suka.

 



Tuzi mengubah wajah nenek berusia 72 tahun menjadi seorang puteri muda berambut perang dan bermata biru. - Foto Xiaohongshu
Tuzi mengubah wajah nenek berusia 72 tahun menjadi seorang puteri muda berambut perang dan bermata biru. – Foto Xiaohongshu

 

Personaliti dalam talian itu bertukar menjadi seorang puteri Eropah yang berambut perang dan bermata biru.

Komen netizen antaranya menyatakan bahawa Tuzi membantu Grandma Tian, mendapatkan semula masa keremajaannya.



Dalam video lain, yang menerima 1.1 juta tanda suka, Tuzi menukar wajah pelakon komedi klasik, Tang Jianjun, 57, sehingga menyebabkan isterinya terpegun dan berkata: “Saya tidak mengenali awak”.

Studio utama Tuzi terletak di, Xishuangbanna, Yunnan dan dia mempunyai 17 cawangan di destinasi pelancongan terkenal di seluruh negara.

Setiap studio menawarkan gaya solek yang menggabungkan ciri tempatan, seperti gaya etnik minoriti, estetika ratu ais, penampilan yang diilhamkan oleh Hanfu dan banyak lagi.

Harga untuk pakej pemotretan antara 699 hingga 2,888 yuan (AS$97 hingga US$402), perkhidmatan solek sahaja berharga 399 yuan.



Terdapat lebih 20 juta pengamal industri solek di China, dengan purata umur antara 20 dan 25 tahun.

Purata pendapatan bulanan jurusolek Cina ialah 6,300 yuan (AS$875) tetapi yang lain boleh memperoleh lebih daripada 20,000 yuan sebulan, menurut tinjauan oleh Syarikat Latihan Mekap Ruishang Chuangmei. – AGENSI

 

Transformasi pelakon Tang Jianjun yang berusia 57 tahun. - Foto Xiaohongshu
Transformasi pelakon Tang Jianjun yang berusia 57 tahun. – Foto Xiaohongshu

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker