Amaran Biden kepada Israel
Amaran Biden kepada Israel
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Israel supaya tidak menggunakan bantuan sebagai ‘cip tawar-menawar’, serta menggesa gencatan senjata sementara dilaksanakan serta-merta dalam konflik berdarah yang terus meruncing di Gaza.
Berucap dalam perutusan tahunan ‘State of the Union’, semalam, Biden turut mengumumkan tentera AS bakal mewujudkan pelabuhan sementara di luar pantai Gaza melalui operasi besar-besaran untuk membawa masuk bantuan yang amat diperlukan penduduk di semenanjung itu susulan tindakan rejim Zionis menghalang penyampaiannya menerusi jalan darat.
“Kepada kepimpinan Israel, saya katakan ini – bantuan kemanusiaan tidak boleh menjadi pertimbangan kedua utama atau tidak boleh digunakan sebagai cip tawar-menawar.
“Melindungi dan menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah, harus menjadi keutamaan,” katanya sambil menyifatkan impak peperangan ke atas Gaza ketika ini sebagai ‘sangat menyayat hati.’
Sambil menjelaskan beliau berusaha tanpa henti ke arah mencapai gencatan senjata serta-merta bagi tempoh selama enam minggu, Biden juga mengulangi kenyataannya menyokong pembentukan negara Palestin – matlamat jangka panjang yang ditentang oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Memandang ke hadapan, satu-satunya penyelesaian sebenar ialah penyelesaian dua negara. Saya katakan ini sebagai penyokong seumur hidup Israel. Sepanjang kerjaya saya, tiada yang mempunyai rekod lebih kukuh bersama Israel… saya mencabar mana-mana daripada anda di sini,” katanya.
Biden sekali gus merayu Israel membenarkan lebih banyak bantuan dibawa masuk ke Gaza yang dikepung rejim, meskipun beliau mempertahankan operasi ketenteraan Zionis ke atas Hamas.
“Malam ini (semalam), saya mengarahkan tentera AS untuk mengetuai satu misi kecemasan bagi mewujudkan sebuah dermaga sementara di Mediterranean di pantai Gaza, yang boleh menerima penghantaran melalui kapal membawa makanan, air, ubat-ubatan serta tempat perlindungan sementara.
“Pewujudan sebuah dermaga sementara akan membolehkan peningkatan besar dari segi jumlah bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza,” katanya pada sesi bersama Kongres itu sambil menjelaskan tentera AS bagaimanapun tidak akan ditempatkan di darat semenanjung terbabit. BH
Amaran Biden kepada Israel
Baca Artikel Menarik:
- The Gadys kena balas dendam – Aina Abdul
- Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
- Adun Bersatu pula isytihar sokong MB Selangor
- 3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing
- Kami kena scam – Aman Graseka
- Amira Othman kerap ditanya…..
- Datuk Red, Adira masih tinggal sebumbung
- Separuh anggota yang hilang telah dijumpai – Kakak Bella
- Perebutan harta punca pasangan suami isteri mati dibunuh
- Mencadangkan ‘benda yang sudah ada’, MP PAS dikecam kerana tidak buat ‘homework’
- Mohon pun tidak tiba-tiba kata dihalang, Pengerusi MADA jawab Sanusi
- Hajar aswad, kenapa umat Islam diharamkan menciumnya?
- Syukur aku tak jual agama demi konten – Ben Amir
- Datuk Red bakal kehilangan kedua-dua isteri
- Pelancong Spain dirogol bergilir-gilir di India
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys
Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan