Starbucks terpaksa kecilkan perniagaan di Timur Tengah, Afrika akibat boikot

Starbucks terpaksa kecilkan perniagaan di Timur Tengah, Afrika akibat boikot

ANKARA – Kempen boikot antarabangsa terhadap Starbucks yang didakwa bersubahat dengan Israel meninggalkan kesan mendalam terhadap rangkaian yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.

Kumpulan Alshaya, yang mengendalikan kafe Starbucks di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) mengumumkan pengecilan perniagaan berikutan cabaran yang dihadapi sejak Oktober tahun lalu.



“Akibat daripada keadaan dagangan yang sentiasa mencabar sejak enam bulan lalu, kami telah mengambil keputusan yang menyedihkan dan amat sukar untuk mengurangkan bilangan rakan sekerja di kedai MENA Starbucks kami,” kata seorang jurucakap kepada Anadolu.

Elly menggigil dicabul ustaz

Lebih 2,000 pekerja dijangka akan terjejas berikutan keputusan yang diambil oleh syarikat.



Selama lebih daripada 25 tahun, Kumpulan Alshaya telah memegang lesen Starbucks untuk wilayah MENA dan membina kehadiran yang besar dengan lebih 1,300 kedai kopi dan tenaga kerja yang melebihi 11,000 individu.

Keputusan itu dibuat selepas gesaan boikot terhadap syarikat kopi Amerika itu selepas Starbucks mengumumkan mengambil tindakan terhadap pekerja yang bersimpati terhadap rakyat Palestin.

Lebih 30,000 penduduk Gaza telah dibunuh oleh Israel dalam serangan tanpa henti yang memasuki bulan kelima dengan separuh daripada mangsa adalah bayi dan kanak-kanak. MG

Starbucks terpaksa kecilkan perniagaan di Timur Tengah, Afrika akibat boikot



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker