Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Raja-Raja Melayu kepada Jabatan Peguam Negara pada hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses mengambil keterangan daripada Presiden Pas itu diselesaikan semalam.
“Sepatutnya hari ini merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (tindakan lanjut),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Menurut Razarudin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada jam 2.30 petang semalam, dua Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Marang itu di ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut, di sini,
Abdul Hadi disiasat polis yang didakwa mengeluarkan kenyataan bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” pada 20 Februari lalu.
Pada 29 Februari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi yang dipercayai ditujukan kepada alim ulama, para peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu. MG
Kertas siasatan Hadi diserah kepada Peguam Negara hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Boikot Starbucks hanya rugikan rakyat Malaysia – Vincent Tan
- Mokhzani digelar pemain piano ‘campak’
- Pindaan perlembagaan Bersatu balasan Allah – Zahid
- Amir Jahari pelik jadi pemenang AJL38
- Aisha Retno kena ‘panic attack’ di pentas akhir AJL38
- Syarikat Mahadi tiada lesen pelaburan – Bukit Aman
- PAS pun nak tanding kerusi Bersatu
- Saya akan cabar di mahkamah – MP Gua Musang
- Muhyiddin tidak boleh rayu ke mahkamah persekutuan
- Joe Flizzow ‘nakal’, Hannah dedahkan selalu ‘tegur’ sewaktu disekolah dahulu
- Haikal jatuh dalam gelanggang, kepala terhentak ke lantai – Setiausaha Agung PESAKA
- Ameera Khan mahu lelaki yang mampu membimbingnya mendekati Allah
- Bertengkar dengan mentua, menantu pandu melulu hingga menjunam ke laut
- Ahli-ahli Parlimen Bersatu sanggah Muhyiddin, tak akan kosong kerusi kecuali mahkamah yang putuskan
- Hamzah kata sebak bila Muhyiddin kena dakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai
Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’
Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira
You must be logged in to post a comment.