Perbandingan Melayu, bukan Bumiputera kaya tak berasas realiti – Salleh

Perbandingan Melayu, bukan Bumiputera kaya tak berasas realiti – Salleh

Seorang bekas menteri menempelak pihak yang bimbang dengan jumlah ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya melebihi usahawan Melayu, dan berkata perbandingan itu tidak berasaskan realiti.

Salleh Said Keruak berkata, walaupun tidak ramai ahli perniagaan Melayu yang kaya di negara ini, tetapi realitinya, terdapat sejumlah besar ahli politik Melayu yang kaya raya.

Katanya, terdapat ramai ahli politik Melayu yang kaya “mengimbangi situasi ini” dan ia meredakan kebimbangan mengenai jumlah orang bukan Melayu yang kaya raya.

Katanya: “Sudah diketahui bahawa ahli politik Melayu yang kaya ini lebih cenderung mempunyai ahli perniagaan bukan Melayu sebagai proksi mereka.”

Bekas menteri persekutuan dan bekas ketua menteri Sabah itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Kongres Ekonomi Bumiputera, di mana beliau melihat beberapa kumpulan Melayu menyatakan kebimbangan tersebut.

Salleh berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan harapan bahawa komuniti Bumiputera mampu membaiki status sosial ekonomi mereka bagi membina asas yang lebih kukuh bagi berdepan cabaran dan peluang di masa hadapan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata negara perlu mengalihkan tumpuan daripada persaingan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sebaliknya bersaing di peringkat global.

Salleh berkata: “Seperti yang dikatakan Elon Musk, kita perlu memahami dan menyelesaikan masalah hingga ke prinsip asas sebelum mencipta penyelesaian.” FMT

Perbandingan Melayu, bukan Bumiputera kaya tak berasas realiti – Salleh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker