Penunggang wanita maut kemalangan

Gambar Hiasan

NILAI: Seorang penunggang maut selepas enam motosikal terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 27.6, Lebuh Raya Kajang- Seremban (LEKAS) arah utara, dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh, berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu berlaku ketika kumpulan motosikal sedang konvoi dari Seremban menuju Kajang.

“Sebuah daripada kumpulan motosikal itu dipercayai terbabas dan lima motosikal lain yang berada di belakang tidak sempat mengelak,” katanya hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, seorang wanita berumur 22 tahun iaitu penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan.



“Lima penunggang lain yang cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban,” katanya.

Mat Ghani berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pengawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Muhammad Hannan Ibrahim di talian 06-7904404,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker