Hutang TEKUN: Lebih 137,000 peminjam berhutang lebih RM1.1 bilion
Seramai 137,520 peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional mempunyai tunggakan hutang melebihi enam bulan berjumlah lebih RM1.1 bilion, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishnan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, bilangan peminjam tertinggi yang gagal membayar semula tunggakan adalah dari Selangor melibatkan 22,662 peminjam diikuti Sabah (16,945) dan Kedah (14,823).
Justeru Ramanan menyeru peminjam TEKUN terbabit supaya menyelesaikan tunggakan agar manfaat itu dapat dinikmati rakyat Malaysia lain yang memerlukan.
“Saya dimaklumkan sehingga Januari 2024, kadar tunggakan pembiayaan adalah sebanyak 12.66 peratus di seluruh negara, manakala di Selangor, kadar tunggakan pembiayaan dicatatkan pada kadar 21.53 peratus.
“Saya harap para peminjam dapat menjelaskan baki (tunggakan bayaran balik) pembiayaan mengikut jadual. Kita mestilah menjadi masyarakat yang bertanggungjawab kerana kalau kita tidak bayar balik pinjaman yang diberikan, manfaat ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia lain yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannnya ketika merasmikan Karnival TEKUN MADANI Negeri Selangor di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Sejak diwujudkan pada 1998 sehingga Januari 2024, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 574,348 orang usahawan di seluruh negara bernilai RM9.15 bilion.
Pada majlis itu, Ramanan turut mengumumkan pembiayaan sebanyak RM65 juta untuk disalurkan kepada 4,000 usahawan informal dan mikro di Selangor oleh TEKUN Nasional bagi meningkatkan taraf ekonomi usahawan di negeri itu.
Menurut Ramanan setakat Januari tahun ini, sejumlah RM7.35 juta pembiayaan telah diberikan kepada 225 usahawan TEKUN Selangor.
“Kepada usahawan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan, ambil peluang yang disediakan untuk mendapatkan pembiayaan,” katanya.
Ramanan berkata TEKUN menyalurkan pembiayaan sehingga RM100,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun pada kadar faedah dua hingga empat peratus, jauh lebih rendah berbanding institusi pembiayaan kewangan lain.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
30 ekor gajah datang berkunjung
Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim