Wajibkan 70% barangan bantuan halal milik Bumiputera – Bos Mydin

Wajibkan 70% barangan bantuan halal milik Bumiputera – Bos Mydin

Kerajaan disaran mewajibkan 70% pembelian barangan bagi program bantuan rasmi kerajaan seperti kotak banjir, bakul makanan dan Jualan Rahmah terdiri daripada produk halal milik Bumiputera.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata saranan itu, iaitu antara yang dikemukakan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, adalah bagi membantu syarikat atau premis perusahaan halal milik Bumiputera di Malaysia.



Beliau berkata setakat Disember lepas, 38.7% atau 3,562 daripada 9,162 jumlah keseluruhan syarikat halal adalah milik Bumiputera namun hampir keseluruhan premis perusahaan kategori itu berada di belakang rumah yang tidak memenuhi syarat pensijilan halal.

“Pemilik perusahaan terlalu bergantung kepada hasil sara diri bagi membolehkan aktiviti perniagaan harian. Pada masa sama, kita tahu bahawa kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan banyak menyalurkan bantuan.

“Jadi, kita perlu menjadikan ia sebagai satu dasar, barang Bumiputera diberikan sebagai pilihan pertama (untuk program bantuan rasmi kerajaan),” katanya menurut laporan Bernama.

Ameer turut mencadangkan supaya Program Transformasi Perniagaan Halal dilaksanakan melalui aktiviti penilaian ketersediaan dan bimbingan perniagaan, antara lain dengan mewujudkan sistem tier dan laluan hijau bagi memudahkan Bumiputera memperoleh sijil halal.



Beliau turut mengesyorkan supaya dana pembiayaan khusus disediakan, seperti pendanaan awam atau wakaf, untuk menambah baik perusahaan Bumiputera.

“Turut dicadangkan ialah menyediakan premis atau fasiliti perindustrian yang menepati pensijilan halal melalui kerjasama rakan strategik seperti agensi, pihak berkuasa tempatan dan institusi kewangan.

“Pengiktirafan khas juga perlu diwujudkan kepada perusahaan yang meliputi promosi bersepadu antara agensi,” katanya. FMT

Wajibkan 70% barangan bantuan halal milik Bumiputera – Bos Mydin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker