Berdengkur Bukan Petanda Tidur Nyenyak! Jaga-Jaga! Rupanya Amaran Awal Punca Masalah Penglihatan

Berdengkur Bukan Petanda Tidur Nyenyak! Jaga-Jaga! Rupanya Amaran Awal Punca Masalah Penglihatan

RAMAI yang beranggapan bahawa berdengkur semasa tidur menandakan seseorang itu mendapat kepuasan atau nyenyak.

Ada pula mengaitkannya dengan masalah pernafasan sehingga terhasilnya pelbagai produk bagi mengelakkan seseorang itu berdengkur sehingga mengganggu pasangan.



Namun, jika anda sering berdengkur walaupun tidur di siang hari, ia berkemungkinan besar petanda buruk untuk masalah penglihatan.

Penyelidik juga berpandangan bahawa mereka yang tidur siang dalam tempoh perkadaran satu per lima, akan cenderung menghidap glaukoma.

Lelaki paling ramai mengalami masalah tidur.



Pada masa ini, glaukoma adalah keadaan mata yang kebiasaannya berlaku kepada orang tua akibat kerosakan pada saraf optik yang menghubungkan mata ke otak.

Malah mereka yang mengalami insomnia dan mempunyai corak tempoh tidur pendek atau panjang adalah 13 peratus lebih berkemungkinan menghidapnya daripada mereka yang mempunyai pola tidur sihat.

Pakar juga percaya bahawa peningkatan risiko berpunca daripada perubahan dalam tekanan mata yang tercetus semasa berbaring mahupun ketika hormon tidur tidak stabil.

Keadaan ini boleh menyebabkan anda kehilangan penglihatan jika ia tidak didiagnosis dan dirawat daripada awal.



Penyelidik berpandangan mereka yang tidur siang dalam tempoh perkadaran satu per lima akan cenderung menghidap glaukoma.

KAJIAN

Menurut laporan yang dikeluarkan Daily Mail, kajian meliputi 400,000 penduduk di United Kingdom yang berumur 40 hingga 69 tahun.

Tabiat tidur mereka direkod selama lebih 15 tahun bagi mendapatkan data berkaitan glaukoma.

Mereka yang tidur antara tujuh dan sembilan jam sehari dikelaskan sebagai sihat.

Pun begitu, kira-kira 8,690 kes glaukoma dikenal pasti daripada mereka yang kurang tidur daripada tempoh sembilan jam dan kebanyakannya adalah lelaki, warga emas, pernah merokok atau mempunyai tekanan darah tinggi atau diabetes.



Tempoh tidur pendek atau panjang dikaitkan dengan peningkatan risiko lapan peratus; insomnia 12 peratus; berdengkur empat peratus dan kerap mengantuk pada siang hari 20 peratus.

Mereka yang berdengkur dan sering berasa mengantuk pada waktu siang adalah 10 peratus lebih berkemungkinan menghidap glaukoma, manakala mereka yang mengalami insomnia dan mempunyai pola tempoh tidur yang pendek atau panjang adalah 13 peratus lebih berkemungkinan menghidapnya.

Penyelidik beranggapan bahawa individu yang berisiko tinggi mendapat glaukoma harus ‘ditawarkan tidur manakala mereka yang berhadapan masalah tidur perlu menjalani pemeriksaan mata.

Berdengkur Bukan Petanda Tidur Nyenyak! Jaga-Jaga! Rupanya Amaran Awal Punca Masalah Penglihatan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker