Penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan


Penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) termasuk memanggil mereka untuk memberi penjelasan selepas menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata hasil semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fesyen Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata.



“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau, malam tadi.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian menjolok mata pada KFW22di sebuah pusat membeli-belah di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Memetik laporan media pada 4 Ogos, Mohd Hayati menasihatkan penganjur KFW22 agar mematuhi peraturan serta syarat-syarat melalui kelulusan lesen hiburan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Kota Setar.



Beliau berkata, sewajarnya pakaian yang diperagakan mestilah sopan serta tidak menjolok mata.

“Walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 diharapkan pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur,” katanya.

Dr Mohd Hayati juga menjelaskan, Kedah Fashion Week berkenaan di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.

Katanya, MBAS hanya menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur. BH



Penganjur Minggu Fesyen Kedah akan diambil tindakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker