Tak perlu rujuk saya, Anwar beritahu SPRM

Tak perlu rujuk saya, Anwar beritahu SPRM

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu merujuk kepada beliau jika ada laporan atau dakwaan rasuah atau salah guna kuasa membabitkan Kabinetnya.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata SPRM boleh teruskan siasatan dan melakukan pendakwaan kepada mana-mana kepemimpinan yang ada ketika ini.

“Kalau ada (kes), saya katakan jangan tanya saya, persilakan ambil tindakan.

“Orang yang berkenaan (terbabit rasuah dan salah guna kuasa) wajib digugurkan, barulah negara ini selamat,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah Kebangsaan (NACS) 2024 di sini, hari ini.

NACS dianjurkan Kementerian Sumber Manusia dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dengan kerjasama SPRM.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Anwar berkata sudah lebih setahun Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan beliau mentadbir negara, namun tiada yang dikenakan dakwaan berkaitan rasuah mahupun salah guna kuasa.

Katanya, setakat ini walaupun kerajaan diserang dan pelbagai pertanyaan dikemukakan di dalam serta luar Parlimen, tiada bukti pembabitan menteri dan timbalan menteri berkaitan rasuah dan salah guna kuasa

“Beri satu bukti menteri, timbalan menteri sekarang kalau ada tuduhan rasuah… tanya Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM).

“Saya kata kalau ada (kes), kita siasat dan dakwa serta badan kehakiman boleh menghukum,” katanya.

Anwar berkata dengan perkembangan itu beliau memberi penghormatan kepada Kabinetnya yang bersih.

“Dalam setahun tiga bulan, saya ‘salute’ pada rakan rakan kita, ini dapat memberikan imej pimpinan yang bersih dari rasuah,” katanya.

Dalam masa yang sama, Anwar memberi peringatan keras supaya SPRM tidak mengecualikan mana- mana siasatan ke atas kepimpinan yang ada sekarang berkaitan rasuah.

Katanya, SPRM juga boleh memantau setiap tender atau keputusan yang sudah dibuat kerajaan.

Sementara itu, beliau berkata, ketika ini ramai dalam kalangan elit, sama ada orang politik, korporat atau pun bekas pengurusan negara yang tidak senang dengan wacana mengenai rasuah kerana mereka sudah bergelumang dengannya.

Malah, katanya mereka yang terpalit dengan rasuah akan melawan dengan ‘ kencang’ dan kuat.

“Kalau di Parlimen melalak tak tentu arah, sampai ada seorang Ahli Parlimen ini marah sangat kerana didakwa hingga dia kata ini Perdana Menteri pun korup.

“Tapi apa buktinya, apa laporannya. Tidak ada dan tidak mengapalah kerana saya dan rakan-rakan (Kabinet) boleh jawab (tuduhan),” katanya

Anwar menegaskan apa yang penting, semua orang perlu sedar dan memberi dokongan yang penuh kepada SPRM dan kerajaan dalam usaha melawan rasuah.

“Jangan sesekali merasa lemah, kalau kita merasa lemah negara ini akan hancur…,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Anwar menyatakan kebimbangan dengan kefahaman yang mendatar dan dangkal berkaitan rasuah.

“Kadang-kadang, dia kata tak apalah rasuah, (ada kes) 1MDB atau Spanco itu biasalah .

“Jadi Menteri Kewangan tak rasuah, bodohlah, jadi Perdana Menteri tak kaya tak cerdik.Tapi apa kesan dia, kita tak dapat apa-apa.

“Jadi kefahaman mengenai rasuah itu sangat mendatar dan dangkal, dia lupa berpuluh bilion sepatutnya hak rakyat ini sudah disakau,” katanya. BH

Tak perlu rujuk saya, Anwar beritahu SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker