Pesawat terhempas tiada Kotak Hitam

Pesawat terhempas tiada Kotak Hitam

KLANG – Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda di sini didapati tidak mempunyai kotak hitam.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai agensi dibawah Kementerian Pengangkutan dengan pesawat juga ‘kosong’ tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).



Katanya, situasi tersebut menyulitkan proses siasatan yang dijangka mengambil masa selama setahun.

“Ini membuatkan siasatan tidak ubah seperti teka-teki dengan cantuman terhadap semua serpihan akan dilakukan bagi proses siasatan itu.

“Justeru, semua serpihan pesawat itu akan dibawa ke sebuah hangar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. InsyaAllah sebelum maghrib,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Difahamkan pesawat tersebut didaftarkan pada tahun 2017 dengan buatan Itali.



Menurut pegawai itu, berdasarkan keterangan daripada salah seorang saksi memaklumkan melihat sayap pesawat tersebut patah di udara sebelum terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda, semalam.

Ujarnya, susulan siasatan akan menjurus kepadanya selain pada enjin pesawat.

“Setakat ini, sukar untuk mengenalpasti punca awal pesawat itu terhempas namun kita akan lihat pada sayap termasuk hentakan yang berlaku selain enjin pesawat.

“Kita akan kaji segala kemungkinan punca kejadian ini. Orang ramai juga diharap membantu dalam menyerahkan mana-mana serpihan kecil pesawat sekiranya menemuinya,” tegasnya.



Ketika ditanya sama ada dibenarkan pesawat tanpa sebarang alat komunikasi untuk terbang, pegawai tersebut menyatakan perkara itu perlu dirujuk kepada kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Yang itu, anda kena tanya kepada CAAM,” jelasnya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! mendapati sebuah serpihan termasuk roda dan bahagian minyak telah dibawa keluar dari lokasi rumah penduduk serta dihimpunkan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian. K Online

Pesawat terhempas tiada Kotak Hitam



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker