Fouziah Gous gembira khatam al-Quran di Madinah

Fouziah berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi kepada umat Islam untuk sentiasa mendampingi al-Quran. Foto IG Fouziah Gous

Pelakon dan pengacara, Datin Fouziah Gous tidak dapat menggambarkan rasa gembira apabila berjaya khatam al-Quran di Madinah, hari ini.

Fouziah yang berkongsi detik manis itu melalui hantaran di Instagram (IG), turut meluahkan rasa syukur kerana dapat khatam al-Quran di sisi suami tercinta, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.

Bekas pengacara program Nona itu berkata, apa yang berlaku adalah di luar perancangannya.

“Tidak tahu hendak ungkap macam mana perasaan… Semuanya dengan izin Allah SWT. Tanpa dirancang sampai di Kota Madinah pada malam Jumaat.

“Pagi ini, selepas solat Tahajud dan Subuh terus khatam al-Quran pemberian sahabat saya bernama Dahlia.

“Syukur Alhamdulilah dapat khatam disisi suami pada hari Jumaat terakhir bulan Rejab. Setiap kali khatam, tanpa sedar, Allah sentiasa hadiahkan pada hari yang penuh bermakna,” luahnya.

Fouziah yang turut menceburi bidang perniagaan sejak 2008 berharap perkongsiannya dapat memberi inspirasi kepada umat Islam untuk sentiasa mendampingi al-Quran.

“Luahan di sini untuk simpanan dan semoga ia menjadi semangat untuk kita semua sentiasa bersama al-Quran.

“Macam-macam hendak luah. Semoga Allah makbulkan segala doa kalian dan menjemput anda semua (ke Madinah) dengan izin-Nya.

“Maafkan saya jika ada membuat siapa-siapa terasa hati atau kurang senang dengan saya dan keluarga.

“Terima kasih Ustazah Fazilah yang sentiasa bersama untuk pastikan perjalanan bersama al-Quran saya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker