Kuasa bolasepak JDT dalam kelas tersendiri, tidak mampu dicabar buat masa ini

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) diramal akan terus menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sekiranya ramalan itu menjadi kenyataan, ia bermakna skuad Harimau Selatan akan mencipta sejarah baharu dengan melakar hatrik gelaran ‘quadruple’ selepas turut menyapu bersih Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada musim 2022 dan 2023.

Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim beranggapan bahawa masih belum ada pasukan yang mampu untuk menyekat nafsu besar skuad Harimau Selatan musim ini.

Beliau yang juga bekas pengurus pasukan Selangor berkata, matlamat utama JDT mungkin mahu melangkah lebih jauh dalam kejohanan peringkat Asia, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Katanya, Selangor menjadi pencabar terdekat JDT dalam kancah Liga M, namun menganggap Gergasi Merah belum cukup untuk mengatasi Harimau Selatan.

“Tak boleh nak dipertikaikan lagi, mereka (JDT) akan lebih baik daripada musim lalu. Salah satu faktor, JDT nak pergi lebih jauh lagi dalam kejohanan peringkat Asia, mungkin ke pusingan 16 terbaik atau suku akhir.

“Kalau matlamat mereka sudah dekat Asia, dalam kancah liga tempatan pula macam mana? Jika mereka boleh mengatasi kelab di peringkat Asia, setakat pasukan Liga M lagi senang bagi mereka.

“Kita sudah boleh nampak, pencabar terdekat JDT adalah Selangor. Tetapi pada saya Selangor belum lagi mampu untuk mengatasi JDT. Maknanya ACLE kalau Malaysia tetap dapat satu kuota akan dimonopoli oleh JDT,” katanya.

JDT yang memegang status pasukan paling digeruni dalam kancah Liga M ketika ini sudah melakukan persiapan awal apabila membawa masuk beberapa pemain import baharu bernilai tinggi termasuk Jalil Elias, Murilo Henrique dan Francisco Geraldes bagi menghadapi saingan musim 2024/2025.

Berdasarkan nilai pasaran yang dikeluarkan laman transfermarkt.com, pemain JDT menguasai tiga pemain termahal Liga M ketika ini dengan Elias bernilai RM15 juta, diikuti Geraldes (RM12.8 juta) dan Jordi Amat (RM4 juta).

Skuad Harimau Selatan juga bakal diperkuatkan dengan seorang pemain naturalisasi dengan Romel Morales dikatakan sebagai calon pemain itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker