Kereta menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat Polis
IPOH: Polis mengambil keterangan pemandu kenderaan rasmi menteri yang mengekori rapat ambulans dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, pada 3 Feb lalu.
Insiden berlaku ketika kemalangan itu tular di media sosial dan menjadi perhatian orang ramai.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata satu laporan dibuat bagi menyiasat kejadian itu pada hari sama.
“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit memang bekerja dengan seorang menteri dan bersama menteri yang dalam perjalanan ke satu program kebajikan di Rumah Pangsa Jalan Silang, Ipoh.
“Namun, difahamkan menteri terbabit tidak sempat menghadiri program itu kerana kesesakan yang berlaku dan kita telah ambil keterangan daripada pemandu terbabit hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Yusri berkata, pihaknya juga memanggil saksi awam lain bagi membantu siasatan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup pihak Plus dan rakaman papan pemuka ambulans bagi melengkapkan siasatan.
Menurutnya, kes disiasat bawah Peraturan 9 (2), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Terdahulu Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut.
Dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk tiga treler di laluan Plus antara Gopeng-Simpang Pulai di Kilometer 288.1 pada 3 Feb lalu, aliran trafik kenderaan dilaporkan sesak lebih lapan jam malah langsung terhenti hampir enam jam.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar
- Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib
- Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina
- Fatiya Latiff ambil dadah?
- Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut
- Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac
- Anak hampir maut selepas minum ais berperisa
- Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken
- Taib Mahmud di rumah, siasatan masih dijalankan – Polis
- Warga asing kacau pengurus wanita kena ‘henjut berjemaah’ [VIDEO]
- Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
- Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
- Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah
- Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman
- Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saharul Ridzwan jual rumah pula
You must be logged in to post a comment.