Najib pertimbangkan mohon pengampunan lagi

Najib pertimbangkan mohon pengampunan lagi

Bekas perdana menteri, Najib Razak, sedang memberi pertimbangan serius untuk mengemukakan permohonan pengampunan kedua, kata peguamnya.

Menurut Muhammad Shafee Abdullah, kali ini Najib akan mengemukakan permohonan kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selaku Yang di-Pertuan Agong terkini.



Dakwa Shafee, bekas presiden Umno itu tidak mendapat perbicaraan adil semasa kes membabitkan dana RM42 juta milih syarikat SRC International Sdn Bhd, terutama semasa di peringkat Mahkamah Persekutuan pada 2022.

Peguam itu mendakwa, mahkamah tertinggi negara tidak membenarkan permohonan pasukan pembelaan untuk menangguhjan perbicaraan bagi membuat persediaan perbicaraan rayuan.

Menurut Shafee pihaknya menganggap tidak jelas sama ada proses Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berlangsung seperti biasa atau sebaliknya.

Dia juga menegaskan keputusan untuk memberikan pengampunan tersebut adalah hak prerogatif Agong,



Peguam itu mendakwa bahawa orang awam melihat wujud proses yang tidak konsistenan dalam proses berkenaan.

“Akibat daripada hal-hal yang tidak memuaskan ini, kami sedang melihat kemungkinan mengemukakan satu lagi permohonan untuk pengampunan penuh diraja (pengampunan pembebasan).

“Kami akan memutuskan bila kami akan mengemukakan permohonan tersebut,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Shafee mendakwa pihaknya mempunyai hujah yang mencukupi, termasuk beberapa yang baru untuk menguatkan permohonan tersebut.



Dia juga berkata mereka sedang menunggu masa yang sesuai daripada Najib. Mk

Najib pertimbangkan mohon pengampunan lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker