Warga asing kacau pengurus wanita kena ‘henjut berjemaah’ [VIDEO]

Tangkap layar lima lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera dekat Jalan Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera dekat Jalan Bukit Bintang di sini, seperti dalam satu rakaman video yang tular, sejak semalam

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya ada menerima satu laporan berkaitan rakaman video yang tular itu pada jam 11.50 pagi, semalam.

Katanya, semakan mendapati rakaman video yang dimuat menerusi akaun di platform X itu, memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Bukit Bintang.

“Pergaduhan didapati berlaku kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, membabitkan empat pekerja di premis perniagaan itu dengan seorang lelaki warga asing yang didakwa mengganggu seorang pengurus wanita di situ.

“Berikutan itu, polis menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki tempatan kesemuanya berusia 20 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

https://www.facebook.com/reel/912912186981575

Noor Dellhan berkata, empat suspek warga tempatan direman sehari hari ini, manakala suspek warga asing direman empat hari bermula hari ini sehingga 9 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 16 saat di media sosial berkaitan kejadian pergaduhan itu yang dipercayai dirakam oleh pelanggan yang berada di dalam premis perniagaan terbabit.

Menerusi video itu kelihatan beberapa individu menumbuk dan menendang seorang lelaki sebelum datang beberapa individu lain cuba meleraikan mereka.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker